2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tata Nano kereta termurah


MESRA PENGGUNA: Ratan melancarkan kereta termurah di dunia, Tata Nano di Ekspo Auto di New Delhi, semalam.

Kenderaan berharga RM8,170 diramal gegar permotoran antarabangsa

NEW DELHI: Bagi kereta termurah di dunia, pelancarannya dilakukan pada suasana penuh mewah di auditorium Tata Motors Ltd di sini, semalam.

Lebih 1,000 orang terdiri daripada - wartawan, VIP dan usahawan - memenuhi ruang dalam auditorium ketika pengerusi Tata menampilkan 'Kereta Rakyat' yang sekian lama dinanti-nantikan sambil dikerumuni media umpama konsert pop atau anugerah Oscar.

Hadirin diperdengarkan alunan muzik kuat lagu 2001: A Space Odyssey dan pancaran lampu kamera ketika Tata Nano dipandu keluar.

"Saya tidak pernah melihat pancaran lampu kamera sebanyak ini dalam tempoh enam tahun di Asia Selatan," kata seorang wartawan veteran.

Sebelum pelancaran, saluran berita utama memberi laluan beberapa minit siaran mereka untuk menyiarkan rakaman langsung pentas yang gelap dan kosong di mana kereta itu, yang melengkung di belakang berharga separuh daripada kos kereta baru termurah, untuk dipertontonkan.

"Janji tetap janji," kata Pengerusinya, Ratan Tata, ketika mengumumkan harga runcit 100,000 rupee (RM8,170) seperti dijanjikan lima tahun lalu, walaupun harga komoditi meningkat dan walaupun lawan mendakwa harga runtuh itu agak mustahil.

Bagi penyokongnya, ia akan mengubah pemilikan di India dengan membolehkan berjuta penduduk kelas pertengahan memiliki kereta selain mendatangkan kejutan ke dunia auto dengan kejuruteraan murah yang bakal ditiru di seluruh dunia.

Bagi penentang, ia akan mencetuskan mimpi buruk di negara yang sudah sesak dan mempunyai paras pencemaran terburuk.

Ketika Ratan mendedahkan spesifikasi kereta dan membandingkannya dengan inovasi seperti manusia pertama ke bulan, ramai di kalangan jemputan termasuk wartawan tempatan bertepuk tangan dan bersorak.

Beratus wartawan meluru ke arah kereta itu. Pengawal Tata mengelilingi kereta itu, merayu kepada jurukamera tidak mencalarkan cat barunya.

Tidak lama selepas itu, orang ramai pula mengambil peluang membelek kereta comel berkenaan.

"Ia sangat comel," kata Urvashi Sitani, ahli perniagaan yang mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit. "Saya fikir ia sangat popular bagi golongan muda. Tetapi, kereta ini melambangkan kewanitaan. Saya tidak dapat membayangkan seorang lelaki dilihat memandu kereta seperti ini."

Beberapa meter dari situ, seorang wanita berdiri sambil membuat bantahan dengan mendakwa petani kehilangan tanah akibat rancangan kilang kereta Tata. "Ia mendapat subsidi dengan darah petani," kata Anuradha Talwar.

Di luar auditorium, satu kontinjen aktivis Greenpeace berdiri dengan sepanduk dengan slogan seperti: "Kurangkan pelepasan CO2." Namun kehadiran mereka tidak dihiraukan oleh rakyat yang berpusu-pusu mahu melihat kereta itu. - Reuters

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog