Sambil menitiskan air mata dan menahan sebak, Suraya Ahmad, 28, berkata, beliau langsung tidak dapat melelapkan mata dan tidak lalu makan mengenang nasib Sharlinie, 5, terutama apabila mendapat maklumat anak bongsunya itu dilarikan seorang wanita dengan kereta.
Bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, pula berharap supaya sesiapa yang melarikan anaknya itu supaya tidak bertindak kejam terhadap kanak-kanak berkenaan yang disifatkannya masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
"Saya merayu jangan apa-apakan anak saya. Lagipun, saya risau kerana dia menghidap lelah dan tidak tahan sejuk manakala makanannya perlu dijaga. Bila penyakitnya menyerang, dia kena makan ubat tiga kali sehari," katanya.
Pasangan itu ditemui selepas memberi keterangan kepada polis berhubung kes kehilangan kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam. Bersama mereka ialah dua kakak Sharlinie, iaitu Sharliena, 8 dan Nurulamirah, 11.
Suraya yang juga seorang suri rumah berkata, beliau dan suami sudah puas mencari anaknya di Taman Medan dan kawasan sekitar sebelum membuat laporan pada jam 2 petang kelmarin, tetapi hingga kini Sharlinie masih gagal ditemui.
Sementara itu, Sharliena yang pertama kali menceritakan kejadian menimpa adiknya berkata, dia melihat seorang wanita berambut paras leher dan berkasut tumit tinggi mengumpan adiknya sebelum memaksa Sharlinie masuk ke dalam kereta hitam yang dipandunya.
"Ketika itu, saya dan adik dalam perjalanan pulang ke rumah. Perempuan itu beri gula-gula pada adik. Selepas itu dia suruh adik naik kereta dan kemudian tarik tangan adik masuk ke dalam kereta, adik jerit sikit. Masa itu, kami di tepi jalan," katanya.
Sharliena, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Medan berkata, ketika kejadian, tidak ramai orang berada di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Mohd Nashar yang bekerja sebagai juruelektrik berkata, beliau menerima banyak panggilan dan maklumat melalui SMS daripada orang ramai yang mendakwa melihat kelibat anaknya.
Katanya, seorang wanita menghubunginya kira-kira jam 8 pagi semalam, mendakwa melihat Sharlinie bersama seorang lelaki di Hentian Puduraya, dan memaklumkan anaknya meronta-ronta mahu melepaskan diri tetapi ditahan semula, sebelum diam apabila didukung.
"Wanita itu bagaimanapun tidak tahu sama ada anak saya menaiki bas atau sebaliknya. Saya cuba menghubunginya semula tetapi gagal, jadi saya harap dia segera hubungi saya," katanya.
Mohd Nashar berkata, dua jam selepas itu dia menerima SMS memaklumkan anaknya berada di sebuah perhentian bas di Butterworth, Pulau Pinang, dan meminta dia datang segera.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad yang diminta mengulas mengenainya berkata, polis menyiasat semua maklumat diterima termasuk oleh keluarga mangsa.
Sementara itu, kira-kira 300 poster 'Di Mana Sharlinie' yang lengkap gambarnya turut diedarkan sekitar kawasan Taman Medan, semalam bagi membantu orang ramai mencarinya kanak-kanak itu. Bacaan Yassin dan solat hajat turut diadakan di masjid berdekatan rumah ibu bapanya bagi mendoakan keselamatan mangsa. - Oleh Jalal Ali Abdul Rahim (BH)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, Januari 11, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 'Jangan apa-apakan anak kami' silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "