Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 6:58 PM

28Isnin,Januari

Suharto meninggal dunia - Hembus nafas akhir setelah koma, dirawat sejak tiga minggu

JAKARTA 27 Jan. – Bekas Presiden Indonesia, Muhammad Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP).Beliau meninggal dunia pukul 1.10 petang (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal dan koma sejak awal pagi ini.“Presiden kedua Indonesia, Haji Muhammad Suharto telah meninggal dunia pada pukul 1.10 tengah hari (pukul 2.10 petang waktu Malaysia,” kata seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita.Pengumuman mengenai kematiannya turut dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Moerdiono melalui siaran radio ke seluruh negara sejurus selepas pasukan doktor yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas Presiden Indonesia kedua itu.“Bapa telah kembali kepada Tuhan,” kata anak sulung perempuannya, Siti Hardijanti “Tutut” Rukmana dengan linangan air mata.“Kami meminta jika bapa melakukan kesalahan, tolong maafkan. Moga bapa dibebaskan daripada semua kesilapannya,” ujarnya.PRESIDEN Indonesia, (tengah) ditemani anak perempuan sulung Suharto, Susilo Bambang YudhoyonoSiti Hardijanti Indra Rukmana atau Tutut (kanan) duduk di sebelah jenazah Suharto di kediaman bekas Presiden itu di Jakarta, semalam. - Gambar Reuters.Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang.Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia.“Beliau meninggal dunia,” kata seorang anggota pasukan perubatan, Dr. Christian Johannes.Pasukan perubatan beliau berkejar ke Hospital Pertamina selepas tekanan darah beliau turun secara mendadak malam tadi dan koma untuk kali pertama selepas beberapa minggu mendapat rawatan di hospital.Beliau juga sering keluar dan masuk hospital apabila keadaan kesihatannya semakin merosot selepas disingkirkan dari kekuasaan berikutan krisis kewangan Asia 1997-1998 dengan kebanyakannya berpunca daripada masalah jantung dan pendarahan dalaman. – Agensi
try , Isnin, Januari 28, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog