
Kajian penyelidik Universiti Minnesota mendakwa, mereka dapat menghidupkan jantung yang dikitar semula itu menggunakan sel hidup.
Biarpun sebarang prosedur seumpamanya ke atas manusia masih jauh, tetapi ia secara langsung membuktikan kemungkinan bekalan berterusan organ penting badan, termasuk jantung dan saluran darah kepada berjuta-juta pesakit tenat yang tiada harapan organ yang didermakan kepadanya tidak sesuai.
"Ideanya adalah membolehkan usaha mewujudkan saluran darah atau keseluruhan organ yang boleh diperbuat daripada sel anda sendiri," kata ketua penyelidik, Doris Taylor, yang juga Pengarah Pusat Pembaikan Kardiovaskular universiti berkenaan.
Walaupun beberapa pencapaian dicatatkan bagi menghidupkan tisu jantung menerusi ujian makmal, ini kali pertama jantung 'tiruan biologi' yang dapat dihidupkan semula.
Prosedur asasnya dikenali 'decellularisation' membabitkan usaha pengambilan keratan sel daripada organ tertentu yang mana penyelidik Amerika itu menggunakan jantung tikus mati.
Satu cecair kuat digunakan bagi 'pembersihan' sel yang menyebabkan tisu itu cuma meninggalkan protein. Ia kemudian disuntik dengan campuran sel hidup jantung bayi tikus dan diletakkan dalam makmal bagi tujuan pertumbuhan.
"Hanya selepas empat hari, proses itu bermula dan pada hari kelapan, jantung itu mulai berdegup," katanya yang dipetik edisi terbaru jurnal Britain, Nature Medicine.
Malah, ia turut mengejutkan penyelidik terbabit.
"Kami tergamam melihat degupan pertamanya," kata Harald Ott, pakar bedah Hospital Besar Massachusetts.
"Kami terkejut kerana ia dapat hidup sebegitu pantas," katanya.
Bagi manusia, objektif penyelidikan adalah dengan menyuntik sel stem atau tunjang yang diperoleh daripada penderma organ yang sekali gus dapat melenyapkan bahaya kemungkinan jantung baru itu ditolak sistem imun badan.
Pencapaian aspek pembangunan sel tunjang daripada sumber bukan janin, bermakna tisu baru dapat dihasilkan dengan mudahnya.
"Jika ada organ yang diperoleh daripada sel pesakit itu sendiri dapat dihasilkan, berkemungkinan ia dapat membantu berjuta-juta pesakit tenat yang mengalami masalah kegagalan organ," katanya. - Agensi
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Januari 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "