/

Lelaki paling ramai dikesan pembuli siber

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pembuli siber di negara ini adalah lelaki yang berusia antara 15 tahun dan 35 tahun selain kenalan rapat mangsa.
siul
Menurut CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity), golongan ini yang kebanyakannya sama ada masih belajar atau bekerja selalunya mengenali mangsa, sama ada daripada rakan, bekas suami atau isteri atau bekas rakan sekerja.

Kita belum lagi menjalankan kajian mengenai pembuli siber tetapi berdasarkan kajian di negara maju, pembuli siber ini mempunyai perangai yang sama seperti suka mendominasi orang lain, selalu menggunakan orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan dan inginkan perhatian,” katanya kepada Berita Harian.

Katanya lagi, pembuli siber boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Ditanya sama ada kerajaan boleh mengenakan denda terhadap ibu bapa pembuli siber atau pelajar yang terbabit mengancam rakan mereka menerusi telefon bimbit, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web sosial seperti yang dilakukan di Britain, beliau berkata, perkara itu mungkin boleh dilakukan di negara ini.

Semalam Berita Harian melaporkan sejumlah 46 peratus atau hampir enam juta daripada kira-kira 13 juta pengguna internet di Malaysia terdedah kepada ancaman dan serangan pembuli siber kerana terlalu banyak mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman web.

Sebahagian besar daripada angka itu membabitkan kanak-kanak dan remaja, kumpulan yang disifatkan paling berisiko menghadapi ancaman pembuli siber berbanding golongan dewasa yang lebih matang.

Buli siber ialah sebarang bentuk ancaman dan serangan yang boleh dikenakan terhadap seorang pengguna internet melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut.

Beliau berkata, masalah pembuli siber masih terkawal di negara dan pihaknya hanya menerima 54 kes daripada Januari hingga Ogos 2007.

Pengguna internet masih selamat untuk membuat blog sendiri atau menggunakan laman web seperti facebook, friendster atau sebagainya tetapi jangan menyiarkan maklumat peribadi atau gambar,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa masalah pembuli siber ini akan menjadi lebih serius jika tiada tindakan diambil sekarang.


CyberSecurity mewujudkan laman web, www.esecurity.org.my yang menyediakan panduan sebagai pendidikan dan kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat supaya mereka mengetahui ancaman dan serangan pembuli siber,” katanya.

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Januari 15, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog