Proton Holdings Bhd mengharapkan kereta Saga baru itu dapat dibagunkan menjadi "kereta global" bagi pasaran eksport, yang menyasarkan model itu bagi rantau Asean menjelang separuh pertama tahun ini, kata Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
"Kereta ini, kami percaya, memnpunyai potensi eksport yang tinggi, bagi segmen pasaran yang kian berkembang seperti Asean, China, India dan Timur Tengah. Di segi buatannya, ia berpotensi untuk menarik pembeli global jika dipasarankan dengan betul," kata Syed Zainal.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan secara rasmi kereta sedan baru 1.3 liter itu yang direka bentuk bagi menggantikan model Iswara dan Saga yang lama.
Dengan diberi kod BLM, model itu dibangunkan dalam tempoh rekod 17 bulan dan yang kedua dilancarkan dalam tempoh enam bulan selepas Persona.
Saga baru itu yang diharap Proton menjadi model utamanya, yang turut menggunakan logo baru bagi kesemua kereta Proton masa depan, kata Syed Zainal.
"Ia direka bentuk untuk menarik minat pasaran utama, dari usia 20 tahun hingga 60 tahun, dengan 40 peratus merupakan pengguna pertama seperti mereka yang bertukar menggunakan motosikal kepada menggunakan kereta dan 30 peratus lagi yang menggantikan kereta masing-masing seperti bekas pemilik model Saga," katanya.
"Bajet keseluruhan yang diluluskan bagi pembangunan BLM ialah RM513 juta tetapi kami berharap untuk membalanjakan hanya kirakira RM440 juta, yang bermakna penjimatan lebih RM70 juta," katanya.
Proton menjangka mencecah pengeluaran maksimum 5,500 unit sebulan bagi model terbaru itu.
Saga baru itu menggunakan enjin Campro yang dipertingkatkan, enjin suntikan pelbagai poin aci sesondol atas kembar yang dipasang dengan Pengambilan angin Bahan Bakar yang dipertingkatkan, direka bentuk bagi kemudahan pemanduan.
Kereta itu yang disediakan dalam tiga variasi Entry Line, Base Line dan Medium Line boleh diperolehi dalam bentuk transmisi manual dan automatik, dengan harga atas jalan antara RM31,500 hingga RM39,998.
Versi manualnya mempunyai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/h) dan versi automatik 155 km/h.
Saga baru itu dipasang dengan tangki minyak 40 liter, dengan penggunaan minyak 6.0 liter se100 kilometer bagi variasi manual dan 6.3 liter se100 kilometer bagi variasi automatik yang dipandu tetap pada kelajuan 90km/h.
Ia boleh diperoleh dalam tujuh warna iaitu "Zircon Green", "Metallic Black", "Solid White", "Mountain Blue", "Genetic Silver", "Chilli Red" dan "Granite Gray".
Sehingga ini, ia telah menerima hampir 6,000 tempahan.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, Januari 19, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Saga BLM dilancar, menggantikan Iswara dan Saga lama silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "