Prof Madya Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad dari Fakulti Sumber Sains dan Teknologi Unimas berkata pokok yang turut dikenali sebagai pokok "selukai" oleh masyarakat setempat itu dipercayai banyak tumbuh di Borneo dan menjadi antara pokok herba yang berpotensi untuk tujuan perubatan.
"Beberapa sumber dari pokok selukai seperti akar dan kulitnya sering digunakan oleh oleh masyarakat Iban di Sarawak untuk mengubat penyakit seperti masalah senggugut serta penyakit kulit, dan kita juga mendapati ia pernah digunakan untuk mengugurkan janin," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Katanya terdapat kira-kira 40 spesis pokok dari keluarga goniothalamus di Borneo dan sesetengah spesis pokok tersebut iaitu seperti goniothalamus velutinus hanya terdapat di Borneo.
Beliau berkata Unimas serta Persatuan Perubatan Tradisi dan Herba Sarawak ketika ini turut mengumpul beberapa data dan maklumat berhubung penggunaan herba tempatan dalam bidang perubatan tradisional, dan merancang untuk menghasilkan satu buku serta jurnal khas mengenai perubatan herba di Sarawak.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Perubatan Tradisi dan Herba Sarawak Prof Dr C.C Wong berkata penggunaan herba tempatan untuk tujuan perubatan bukan sesuatu yang baru di Sarawak dan ia dipercayai sudah diamal sejak turun-temurun oleh masyarakat berbilang kaum di dalam negeri itu.
Katanya Sarawak juga merupakan antara tempat yang kaya dengan sumber biodiversiti dan tidak sampai separuh daripada sumber tersebut telah dikaji dan diselidik untuk tujuan perubatan.
"Kita akan mengumpul lebih banyak maklumat dan data daripada pengamal-pengamal cara perubatan tradisional ini sebagai langkah untuk memastikan kaedah dan herba yang digunakan dapat dikekalkan sampai bila-bila," katanya.
Beliau berkata hampir 75 peratus daripada penduduk dunia hari ini masih kekal menggunakan sumber daripada herba sebagai cara perubatan tradisional walaupun teknologi bidang perubatan semakin bertambah canggih. - Bernama
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, Januari 19, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pokok mempisang boleh cegah tumor? silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "