
Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.
Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan memerlukan tidur mencukupi, kata tinjauan itu.
Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.
Kajian yang dijalankan saintis dari Institut Karolinska dan Universiti Uppsala di Sweden dan dari Universiti Wayne State di Michigan, Amerika Syarikat dilaporkan yang paling menyeluruh.
Keputusan tinjauan itu diterbitkan oleh Simposium Penyelidikan Kemajuan dalam Elektromagnetik Institut Teknologi Massachusetts dan dibiaya oleh Mobile Manufacturers Forum, mewakili syarikat telefon bimbit utama.
Keputusan kajian menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pakar tidur, dengan salah seorang daripadanya berkata kini 'terdapat lebih daripada bukti kukuh' untuk menunjukkan radiasi 'menjejaskan seseorang daripada tidur lena.'
Saintis mengkaji 35 lelaki dan 36 wanita berusia antara 18 dan 45 tahun. Sebahagiannya didedahkan dengan radiasi yang benar-benar menyerupai apa diterima ketika menggunakan telefon bimbit manakala yang lainnya ditempatkan dalam keadaan sama tetapi diberikan pendedahan 'palsu' iaitu tidak kena radiasi langsung.
Sukarelawan yang menerima radiasi mengambil masa lebih lama memasuki tahap tidur lena pertama dan memperuntukkan masa kurang dalam tidur paling nyenyak.
Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi 884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."
Bagaimanapun, Mobile Manufacturers Forum yang malu dengan hasil kajian meremehkan perkara itu dan menegaskan - berikutan pelbagai rumusan yang disiarkan - 'hasilnya tidak meyakinkan' dan 'penyelidik tidak mendakwa pendedahan menyebabkan tidur terganggu.'
Namun, Profesor Bengt Arnetz, yang mengetuai kajian berkata: "Kami memang menemui kesan dari telefon bimbit dari senario pendedahan yang realistik. Kajian menunjukkan ia memberi kesan ke atas otak." - Agensi
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 21, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Radiasi telefon punca sukar tidur silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "