
Universiti Putra Malaysia (UPM) kini melakukan kajian bagi memperkenalkan penggunaan kaedah baru palitan sendiri pangkal rahim bagi mengesan penyakit tersebut.
Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr. Latifah A. Latiff berkata, kaedah tersebut akan dapat mengatasi perasaan malu yang sering menjadi punca wanita di negara ini enggan menjalani pemeriksaan kanser itu di hospital atau klinik.
‘‘Selain malu, alasan yang selalu diberikan adalah tidak ada masa, jadi ini adalah satu cara untuk membantu mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Karnival Kesihatan Kenanga 2008 di Kampung Kenanga, Rawang dekat sini hari ini.
Karnival sehari itu dianjurkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di situ.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk penganjuran karnival itu berkata, kaedah tersebut menggunakan alat palitan khas seperti kapas dinamakan “Kato’s self-scrapping method instrument” yang dicipta di Jepun.
Latifah berkata, seseorang wanita hanya perlu mengambil sendiri sedikit sel vagina menggunakan alat tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada doktor.
‘‘Sampel sel yang diserahkan kemudian dibawa ke makmal hospital atau klinik untuk disaring bagi mengesan penyakit kanser serviks,” katanya.
Menurutnya, ujian sendiri tersebut berbeza dengan pap smear yang memerlukan doktor untuk melakukan palitan pada pangkal rahim wanita.
Katanya, UPM sudah memulakan kajian terhadap responden yang majoritinya tinggal di Selangor dan Lembah Klang sejak awal bulan ini dan penduduk di Kampung Kenanga adalah responden pertama yang terlibat menjayakan kajian tersebut.
Tambahnya, UPM yang bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjalankan kajian terhadap penggunaan alat tersebut sehingga 2009 dan akan menganalisis keputusan yang diperoleh.
‘‘Selepas itu, jika berjaya, kita akan mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan semua wanita yang berisiko penyakit itu menggunakan alat tersebut untuk membuat pemeriksaan awal tanpa perlu berjumpa doktor,’’ katanya.
Latifah berkata, sejak mula diperkenalkan di Jepun, alat tersebut menerima sambutan baik di kalangan wanita dan kini sudah di perkenalkan di Korea dan Thailand.
‘‘Banyak lagi yang kita akan kaji mengenai penggunaan alat ini termasuk kosnya. Kita harap wanita tidak akan berlengah lagi untuk membuat pemeriksaan selepas alat ini diperkenalkan,” katanya. - Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 21, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kanser serviks: Ambil sampel sel sendiri silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "