2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kilang guna asid borik

KUALA LUMPUR: Kilang mi dan kuetiau yang diserbu pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kesihatan Selangor kerana menggunakan logo halal Jakim palsu, disahkan menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu asid borik yang diharamkan bagi industri makanan.

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd Amri Abdullah, ketika ditemui berkata, pihak Jakim sebelum ini pernah menjalankan siasatan dan mengambil sampel mi kuning dan kuetiau dari kilang di Sungai Buloh.

Menurutnya, sampel mi dan kuetiau itu kemudian dihantar menjalani ujian kimia sebelum disahkan mengandungi asid borik yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Ini juga antara faktor Jakim menggantung dan enggan meluluskan permohonan kilang mi milik bukan Bumiputera terbabit untuk mendapatkan sijil halal sebelum ini.

Dalam serbuan kelmarin (Rabu lalu), pihak Jakim sekali lagi turut menemui berguni bahan kimia lain antaranya sodium hidroksida dan sodium silikat yang digunakan untuk menghasilkan mi dan kuetiau terbabit.

Ia sangat berbahaya walaupun dimakan dalam jumlah kecil. Pengambilan berulang kali asid ini boleh memberi kesan kepada tubuh, antaranya keracunan buah pinggang,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada pekerja kilang mi terbabit mengaku memasukkan serbuk kimia sodium hidroksida untuk memastikan mi dibuat lebih anjal dan tidak mudah putus manakala sodium silikat digunakan supaya mi tidak lembik.

Berikutan penemuan pelbagai kimia terbabit, pegawai Jabatan Kesihatan Selangor bertindak mengambil lebih 20 sampel mi dan kuetiau dari kilang terbabit yang disyaki mengandungi kandungan kimia secara berlebihan.

Semua sampel mi dan kuetiau terbabit dihantar ke Unit Kawalan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) untuk ujian lanjut.

Difahamkan, syarikat menghasilkan mi dan kuetiau terbabit antara pengedar terbesar produk makanan berkenaan di Lembah Klang termasuk di kalangan pengusaha restoran.

Berdasarkan laporan sebelum ini, kilang mi terbabit pernah diserbu dan diambil tindakan pihak Jakim pada 25 Oktober 2005, namun pengurusan syarikat itu masih terus berdegil meneruskan operasi dengan menyeleweng logo halal Jakim.

Dalam serbuan terdahulu, kilang mi dan kuetiau terbabit didapati tidak mempunyai lesen beroperasi daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kilang itu dikesan melakukan pelbagai kesalahan, termasuk tidak mematuhi piawaian halal serta pekerja merokok sambil bekerja. Akibatnya sijil halal Jakim diberikan, ditarik balik.

Dalam serbuan Rabu lalu, pihak Jakim mendapati kilang mi dan kuetiau terbabit masih melakukan kesalahan sama dengan membenarkan kebanyakan pekerjanya membungkus dan menguli bahan makanan itu sambil meneguk arak dan samsu. - Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin (myMetro)
.



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Januari 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog