
Mangsa dikatakan sukar dikesan jika penculik terbabit ‘mengubah suai’ termasuk membotakkan kepala dan memakaikan mangsa dengan pakaian lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Exco Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Pirdaus Ismail, berkata penculikan licik menggunakan taktik ‘memujuk’ antara jenayah yang sukar dikesan.
Beliau berkata, penculikan itu dilakukan dengan teliti tanpa disedari saksi atau orang ramai berhampiran yang mungkin menganggap mangsa dibawa saudaranya.
“Bagaimanapun, orang ramai hanya menyedari mangsa sebenarnya diculik apabila ibu bapa mangsa membuat aduan polis, tetapi saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian tidak dapat mengenal pasti suspek yang melarikan mangsa.
“Penculikan ini sesuatu yang kronik dan perlu diberi perhatian kerana suspek akan melakukan apa saja, tanpa menarik perhatian orang ramai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau mengulas kehilangan Sharlinie yang dipercayai diculik lelaki kucing, lima hari lalu.
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan bersama kakaknya, Sharliena, 8, melalui satu lorong untuk pulang ke rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya, dekat sini, selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Kehilangan Sharlinie dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer dari tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum dikembalikan dipercayai dilakukan suspek sama, Isnin minggu lalu.
Pirdaus berkata, jenayah kronik ini sudah pasti sukar dikesan dan hanya boleh diusahakan dengan kepakaran teknologi yang dimiliki PDRM. - myMetro
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 14, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jenayah licik perlu kepakaran terkini PDRM silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "