Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 7:25 AM

30Rabu,Januari

Ikutilah Petua 'Cergas 24/7' Untuk Hidup Sejahtera

KUALA LUMPUR, 28 Jan. - Jika sesiapa inginkan kesihatan dan kecergasan yang baik, maka mereka mesti bersedia melakukan sedikit pengorbanan dalam gaya hidup mereka.

CERGAS TANPA HENTI…"Cergas 24/7" ditulis oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri Abdul Ghaffar, 29 untuk semua lapisan masyarakat. Buku yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions ini berharga RM59.90 senaskah, yang mula dijual hari ini. Foto: Bernama

Senaman lasak secara konsisten dan disiplin dalam mengekalkan diet pastinya perlu bagi tubuh yang cergas dan sihat. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mewujudkan faktor `rasa bagus' bagi individu dalam membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri selain membawa keghairahan dalam hidup.

"Tetapi kesihatan yang baik tidak menjamin tubuh yang anggun. Orang yang sihat tidak semestinya mempunyai tubuh yang cantik. Isu kecergasan ini banyak berkait dengan pandangan peribadi, dengan setiap orang dengan pendapat masing-masing akan apa makna kecergasan bagi mereka," kata Kevin Zahri Abdul Ghaffar, seorang jurulatih/penceramah bagi kecergasan dan kini muncul sebagai penulis dengan bukunya "Cergas 24/7".

Kevin, 29, merupakan jurulatih peribadi dengan kelayakan Latihan Kecergasan Atlet Amerika (AFTA) dan juga seorang pakar pemakanan. Beliau merupakan selebriti kecergasan bagi musim keempat Akademi Fantasia, program hiburan realiti paling disegani di negara, pada 2007.

"Ia mengambil masa tiga bulan untuk menulis buku ini dan saya mengetahui jelas akan tujuan buku ini. Ini bukan buku yang unggul tetapi sebaliknya sebuah buku praktikal yang mengajar anda bagaimana untuk mengamalkan gaya hidup praktikal," kata beliau semasa satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.

CERGAS 24/7

Kevin berkata kandungan buku itu menyimpulkan yang kecergasan adalah isu gaya hidup.

Buku ini merupakan buku kecergasan pertama yang ditulis khusus oleh seorang warga Malaysia bagi gaya hidup Malaysia dan Asia. Pelancaran sulung diadakan di Malaysia, Singapura dan Brunei diikuti dengan Indonesia dan Thailand kemudian.

Diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions, buku ini dijual pada harga RM59.90. Juga boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris ("Fitness 24/7"), dengan 10,000 salinan buku itu akan memasuki pasaran tempatan dan Asia bermula hari ini (Isnin, 28 Januari).

"Buku ini akan mendedahkan pembaca kepada dunia rahsia praktikal saya bagi gaya hidup cergas dan sihat. Ia juga memperkenalkan petua-petua praktikal mengenai nutrisi dan kecergasan yang sesiapapun boleh amalkan.

Beliau berkata juga terdapat rancangan untuk melancarkan buku itu di Asia Barat.

CERGAS 24/7 BAGI SEMUA

Topik-topik yang dibincangkan oleh Kevin dalam bukunya terdiri daripada nutrisi am, mengurang atau menambah berat badan, latihan mengawal berat badan, mengatur satu program senaman, mengamalkan satu diet praktikal, bagaimana untuk mengempiskan abdomen, petua kecergasan dan makanan penjagaan kesihatan.

"Tidak kira anda penuntut, profesional yang bekerja atau atlet, asas nutrisi dan kecergasan tidah berubah. Perbezaannya ialah bagaimana anda mengamalkannya.

"Di Asia, adalah tidak wajar untuk meminta sesiapa mengamalkan diet yang berasaskan kepada salad dan sandwic. Sebenarnya, semua bergantung kepada pilihan dan keupayaan untuk membezakan antara keputusan baik dan buruk," kata Kevin.

Beliau menekankan yang kejayaan mengawal berat badan seseorang akan membawa kepada perubahan berkekalan dalam gaya hidupnya dan berhubung dengan kecergasan, isunya bukan kuantiti tetapi kualiti.

"Sebagai contoh menjalani senaman secara berlebihan, mungkin tidak membawa keputusan yang diharapkan dan begitu juga memakan buah-buahan secara berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kenaikan berat badan," katanya.

PILIH MAKANAN

Mengenai topik apa untuk dimakan, satu soalan yang lazim ditanya, Kevin berkata rahsianya ialah kita perlu bersikap memilih dalam apa yang kita makan.

"Saya tidak boleh memberikan anda satu pelan pemakanan yang memaksa anda memakan roti, ayam atau ikan tanpa mengetahui terlebih dahulu apa makanan yang anda gemar dan tidak gemar. Jadi anda perlu belajar membuat pilihan lebih bijak berdasarkan apa yang anda gemar."

Beliau berkata sebagai contoh, di sebalik memakan nasi lemak yang memberikan tenaga sebanyak 925.1 kalori setiap hari, adalah wajar untuk beralih kepada nasi putih.

"Teh tarik rasanya hebat tetapi itu tidak bermakna seseorang itu perlu minum satu cawan penuh. Secara ringkas, kita sentiasa ada pilihan dalam apa yang kita mahu makan," katanya.

Kevin berkata membaca label nutrisi merupakan satu lagi tabiat yang mesti diterapkan, untuk memastikan seseorang itu mendapat segala maklumat perlu mengenai produk makanan yang dibungkus.

MITOS SENAMAN

Dalam "Cergas 24/7", Kevin juga menjelaskan beberapa mitos berhubung dengan senaman, sebagai contoh, menahan lapar merupakan cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dan jika bersenam seseorang itu bebas untuk makan apa sahaja yang digemarinya

"Dengan mengurangkan kalori, anda akan kehilangan berat badan tetapi menahan lapar merupakan cara paling cepat untuk tubuh anda mengurangkan kadar metabolisme dan paras tenaga. Tetapi mengurangkan kalori dengan drastik boleh membawa kepada kemerosotan otot dan juga masalah kesihatan. Bagi dewasa, tiada guna mereka mengambil kurang daripada 1,000 kalori setiap hari.

"Realitinya ialah apabila anda mula bersenam, apa yang anda makan itu lebih penting. Anda memerlukan pemakanan yang sihat dan bukan kalori kosong daripada lemak dan gula untuk memberikan tenaga kepada tubuh anda. Anda bukan sahaja akan berasa lebih bagus tetapi juga akan tidur lena pada sebelah malam dan dapat melawan selesema dan jangkitan."

Bagi maklumat lanjut mengenai "Cergas 24/7" sila lawat laman web Kevin di www.kevinzahri.com. - (bernama) Oleh Jeswan Kaur



try , Rabu, Januari 30, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog