2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Hijrah: Jangan tersalah arah

Oleh Pasuni Maulan

LAGI dua hari umat Islam menyongsong tahun Hijrah 1429. Masjid-masjid kita akan dipenuhi jemaah yang akan berdoa di akhir dan awal tahun memohon dikurniakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Ini berbeza daripada sambutan awal tahun Masihi yang disambut dengan pesta dan acara berbentuk hiburan. Banyak program yang diatur bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat sepanjang bulan. Usaha-usaha seperti ini amat digalakkan kerana ia menjadi wadah dakwah.

Bagaimanapun, ia hanya terbatas kepada golongan yang sememangnya telah sedar.

Walaupun banyak program sambutan tahun Hijrah diadakan dari masa ke masa, dengan berbagai-bagai tema yang menarik, keberkesanannya tidak pernah dinilai oleh masyarakat secara terperinci.

Adakah sambutan diadakan telah mencapai matlamat yang diharapkan, apakah ia telah menyebarkan pengajaran daripada peristiwa hijrah kepada golongan sasar yang diharapkan?

Tahun baru Hijrah harus dianggap sebagai detik perubahan, yang memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menempah kejayaan dan membina keazaman untuk terus meningkatkan usaha menyebar kebaikan dan kesejahteraan.

Ia bukan sekadar memenuhi kegiatan tahunan dalam ruang lingkup yang sempit. Ia tidak harus dianggap seruan yang diulang saban tahun, tanpa disertakan perancangan dan pelan tindakan.

Sebagaimana yang dilaksanakan oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan penghijrahan yang berlaku lebih 14 abad yang lalu, seruan tidak akan membawa kita ke mana-mana. Mengkaji kejayaan hijrah Rasulullah saw seharusnya meningkatkan keberanian kita untuk mencuba sesuatu yang baru dengan cara yang lebih terancang.

Apa yang terukir daripada peristiwa hijrah ialah sikap tidak menyerah kalah dan tunduk pada tekanan, sehingga baginda diilhamkan untuk mengubah persekitaran perjuangannya, mencari tempat yang lebih subur.

Keadaan hari ini meminta kita berfikir:
  • Apakah kita telah berjaya menyelesaikan masalah yang terus membelenggu masyarakat?
  • Apakah kita hanya menyediakan tempat bagi mereka yang memerlukan seperti rumah tumpangan remaja, wanita teraniaya dan sebagainya?
Semuanya memang perlu, tetapi lebih perlu lagi ialah memperbaiki sistem yang dapat mengurangkan atau menuntaskan masalah.

Peristiwa hijrah mendedahkan bahawa persekitaran yang menghimpit adalah sebagai satu cabaran dan mengajak kita menggunakan pendekatan yang berbeza, sesuai dengan cabaran yang dihadapi.

Hijrah bukan satu pelarian, seperti yang terdapat sekarang di kebanyakan negara yang dilanda masalah.

Ramai rakyatnya mencari tempat yang selamat untuk memulakan hidup baru dan kekal terus dalam suasana yang menjamin keselamatan dan membolehkan mereka meneruskan usaha menikmati kesejahteraan.

Perjuangan memerlukan strategi yang ampuh, sebagaimana yang ditunjukkan dalam kisah hijrah.

Demikian juga dengan kesungguhan kita untuk meningkatkan martabat masyarakat Islam sehingga mampu memberikan sumbangan kepada negara.

Kita tidak harus berada di takuk lama dan berpuas hati dengan apa jua yang telah dilakukan.

Kekuatan dan kemampuan perlu dibina. Pendidikan dan pengukuhan akidah adalah tunggak.

Tanpa tiang-tiang yang kukuh masyarakat Islam tidak akan dapat membangun negara.

Tanpa akhlak yang berteraskan akidah masyarakat tidak mampu menghadapi angin perubahan yang mengasak akhlak remaja.

Keadaan sentiasa berubah, dunia dapat dikelilingi dalam beberapa minit dengan melayari laman web Internet. Anak-anak kita telah berinteraksi dengan dunia global.

Dalam menangani isu-isu sosial, perlulah pendekatan yang sesuai dengan keadaan, di samping mengurangkan atau membanteras masalah. Penekanan harus diberikan untuk mengelakkan masalah daripada berlaku.

Mengukuhkan pegangan hidup sehingga anak-anak mampu membuat penilaian berdasarkan keimanan.

Contoh dalam hijrah Rasul ialah menjamin bahawa keimanan dapat ditanam dengan baik dalam persekitaran yang menggalakkan.

Sebabnya, di Madinah ramai para sahabat yang menantikan kehadiran Rasul untuk membimbing mereka dan menjadi tapak semaian subur bagi nilai keimanan dan kehidupan manusia yang bertamadun.

Kita tidak dapat sepenuhnya mencorakkan persekitaran kita dalam negara yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, kita masih mampu mengawal agar pengaruh luaran tidak meranapkan nilai dan budaya yang kita amalkan. Inilah pilihan terbaik.

Dalam kehidupan berkeluarga pendekatan ini dapat dilakukan. Nilai-nilai yang hendak ditanam dalam diri anak-anak memerlukan suasana yang merangsang, agar ia terhindar daripada pengaruh luar yang menggugat usaha murni ibu bapa.

Dalam suasana yang harmoni, nilai-nilai dapat diturunkan kepada anak-anak.

Merayakan kehadiran tahun baru Hijrah bukan sekadar sambutan dan perayaan. Pengajaran yang penuh bermakna hendaklah difahami dan diterapkan dalam kehidupan.

Perjuangan Rasul harus dicontohi dalam menyemarakkan kebenaran dan menolak kemungkaran.

Dalam usaha murni meningkatkan nilai masyarakat dan memperkasakannya, kita memerlukan strategi yang berkesan dan sentiasa relevan dengan keadaan semasa.

Segala halangan hendaklah dianggap sebagai cabaran terhadap daya fikir yang dikurniakan Allah.

Setiap masalah ada jalan keluar dan melakukan perkara yang sama berulang kali untuk mengatasi ke

Kita harus mampu membuat penilaian adakah sambutan hijrah yang dilakukan saban tahun tahun telah membawa kita ke arah yang diharapkan?

- Penulis pendakwah dan aktivis masyarakat.



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog