Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Muhamad Tahir Muhamad Noor hari ini berkata SMS itu biasanya dihantar dari satu destinasi antarabangsa.
"Sesiapa yang menerima SMS dari sumber yang tidak diketahui yang menjanjikan hadiah-hadiah, dinasihatkan supaya melaporkan perkara itu kepada polis atau pembekal perkhidmatan telekomunikasi (telcos) masing-masing."
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan seberti nombor akaun atau baki bank dan tidak memindahkan wang kepada akaun yang tidak diketahui sekiranya diminta berbuat demikian," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya contoh SMS bagi tujuan menipu itu ialah pesanan yang berbunyi "Tahniah! Prepaid Anda Memenangi Hadiah Wang RM30,000 dari Petronas Sila call/telefon: +62XXXXXXXXXX Penghantar: Petronas Sender: +62XXXXXXXXXX", katanya.
Muhamad Tahir berkata antara pertubuhan, produk dan rancangan popular yang sering dipetik untuk menjadi 'umpan' bagi tujuan penipuan itu ialah Petronas, Maxis, Hotlink, Celcom, DiGI, Gang Starz dan Akademi Fantasia.
SMS itu biasanya akan mendakwa sama ada pengguna berkenaan memenangi hadiah, ataupun mereka dipilih sebagai pemenangn bertuah, katanya.
Beliau berkata SKMM dan syarikat-syarikat telcos sedang bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan mereka terhadap kes-kes penipuan menggunakan SMS itu dan sedang mengambil tindakan bagi membanteras penipuan tersebut.
Muhamad Tahir berkata telcos juga mengambil inisiatif mendidik dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai kegiatan itu, dengan meletakkan notis di laman-laman webnya, menempatkan amaran bercetak di kaunter-kaunter pembayarannya di samping menghantar SMS dari semasa ke semasa bagi mengingatkan pengguna mengenainya.
Penipuan menggunakan SMS merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara bagi tempoh satu hingga 10 tahun, sebat dan denda.
Pengguna juga boleh membuat aduan kepada Biro Aduan SKMM dengan menelefon 1 800 888 030, atau menghantar emel ke alamat aduanskmm@cmc.gov.my atau faks kepada 03 86 88 18 80. - BERNAMA
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Januari 09, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Awasi SMS tipu guna nama syarikat popular silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "