/

11 Buku Islam Diharamkan Kerana Fakta Menyeleweng

KUALA LUMPUR, 29 Jan. - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan 11 buah buku, lapan dalam bahasa Inggeris dan tiga lagi dalam bahasa Melayu kerana didapati fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.



Setiausaha Bahagian Kawalan dan Teks Al Quran, Che Din Yusoh berkata pewartaan Perintah Larangan itu yang dikeluarkan pada 17 Jan lepas menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.



Beliau berkata buku dalam bahasa Inggeris yang diharamkan ialah Secrets Of The Koran:Revealing Insights Into Islam's Holy Book oleh Don Richardson (Regal Books From Gospel Light, Ventura, Calfornia, USA); Qur'an and Women Rereading the Secrets Text From Woman's Perspective oleh Amina Wadud (Oxford University Press, New York); The Two Faces Of Islam: Saudi Fundamentalism and It's Role in Terrorism oleh Stephen Schwartz (Anchor Books, New York).



Turut diharamkan ialah buku Woman In Islam, oleh Margaret Speaker Yuan (Greenhaven Press Farmington Hills); Islam Unveiled: Disturbing Questions About The World's Fastest-Growing Faith oleh Robert Spencer (Encounter Books Califonia); What Makes Me A Muslim oleh Catherine M. Petrini (KidHaven Press Farmington Hills); The Importance Of Muhammad oleh Marilyn Tower Oliver (Lucent Books, Farmington Hills) dan Faiths Islam Worship, Festival and Ceremonies From Around The World oleh Trevor Barnes (Kingfisher, Massachusets).



Tiga buah buku dalam bahasa Melayu yang diharamkan ialah Amalan Kemurahan Rezeki oleh Lifa Karimah (Jasmin Enterprise), Rahsia Jalan Yang Lurus (Al-Mustaqim, Johor Bahru) dan Islam & Pluralisme oleh Al-Mustaqeem Mahmood Radhi (Middle Eastern Graduate Centre, Damansara Kuala Lumpur), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Che Din berkata mereka yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan yang dilarang boleh dikenakan tindakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.



"Sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya. - Bernama

.
try , Selasa, Januari 29, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog