Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choon berkata ini juga selaras dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa setakat ini masih belum terdapat sebarang bukti sinaran daripada 'sinaran tak mengion' boleh memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
WiFi merupakan sejenis jaringan setempat tanpa wayar (WLAN) yang berasaskan kepada spesifikasi IEEE 802.11 dan berada di bawah pengawasan Institute of Electrical Engineers (IEEE), institusi antarabangsa yang menetapkan piawaian protokol teknologi dengan penggunaan sistem nombor.
"Setakat ini tiada sebarang bukti yang menyatakan bahawa pendedahan RF yang berada di bawah paras had dedahannya akan membawa kesan terhadap kesihatan.
"Oleh itu, tiada alasan yang munasabah untuk menghalang perkembangan dan penggunaan teknologi WiFi di kalangan masyarakat," katanya bagi menjawab soalan Bernard S. Maraat (BN-Pensiangan) di Parlimen hari ini.
Beliau berkata Laporan Health Protection Agency (HPA) tahun ini juga turut menyatakan bahawa pada masa sekarang masih belum terdapat bukti saintifik yang kukuh bahawa pendedahan RF akan menyebabkan kesan terhadap kesihatan yang boleh memudaratkan manusia.
Katanya isyarat RF sama ada daripada komputer atau router yang dipancarkan oleh sistem WiFi adalah sangat rendah iaitu 0.1 watt atau 100 miliwatt dan dedahan ini adalah di bawah paras had dedahan yang dicadangkan oleh International Commission on Nonironizing Radiation Protection (ICNIRP).
Berdasarkan bukti terkini juga, dedahan RF dari WiFi adalah lebih rendah berbanding telefon bimbit, katanya.
Lee berkata kementerian akan sentiasa memantau dan sekiranya terdapat sebarang penyelidikan yang terkini berhubung perkara penggunaan RF ini, kementerian bersedia untuk membuat perubahan kepada polisi yang sedia ada.
"Apabila kita menerima sebarang penyelidikan yang terkini, kita akan membuat perubahan kepada polisi kementerian supaya kita dapat menjaga, memastikan kesihatan rakyat tidak akan terjejas kerana kegunaan peralatan yang moden ini," katanya. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Disember 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang WiFi tidak mudaratkan kesihatan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "