NEW YORK: Cimpanzi secara keseluruhan berjaya mengalahkan manusia dewasa dalam dua ujian memori jangka pendek, menurut penyelidik Jepun yang mengadakan pertandingan itu.
Ia sekali gus mencabar kepercayaan ramai termasuk saintis bahawa 'manusia mengatasi cimpanzi dalam semua fungsi kognitif,' kata penyelidik, Tetsuro Matsuzawa dari Universiti Kyoto.
"Tiada siapa dapat membayangkan cimpanzi - semuda usia lima tahun - menunjukkan persembahan lebih baik dalam ujian memori berbanding manusia," katanya dalam satu kenyataan.
Matsuzawa, pengasas dalam kajian kemampuan mental cimpanzi, berkata dia juga terkejut dengan hasil kajian. Beliau dan rakannya, Sana Inoue, melaporkan hasil kajian dalam jurnal Current Biology.
Satu ujian memori memasukkan tiga cimpanzi berusia lima tahun yang diajar turutan nombor 1 hingga 9, dan 12 sukarelawan manusia.
Ia melihat sembilan nombor dipamerkan di skrin komputer. Apabila menyentuh nombor pertama, lapan lagi berubah menjadi segi empat putih. Ujian membabitkan sentuhan semula segi empat dalam urutan nombor yang pernah ada di situ.
Keputusan menunjukkan cimpanzi, walaupun tidak setepat manusia, dapat melakukannya lebih pantas. Seekor daripada haiwan itu, Ayumu, melakukan yang terbaik dan mendorong penyelidik memasukkan dia dan sembilan penuntut kolej dalam ujian kedua.
Kali ini, lima nombor ditayangkan pada skrin dalam masa sekejap sebelum ia digantikan dengan segi empat putih. Sekali lagi cabarannya adalah untuk menyentuh semua segi empat itu dalam urutan betul.
Apabila nombor berkenaan dipamerkan kira-kira tujuh persepuluh sesaat, Ayumu dan penuntut kolej mampu melakukannya dengan tepat kira-kira 80 peratus. Namun apabila nombor dipamerkan cuma empat persepuluh atau dua persepuluh sesaat, cimpanzi jelas menjuarai pertandingan itu.
Masa tayangan terlalu pendek untuk membolehkan peserta melihat sekeliling skrin, dan dalam ujian itu Ayumu masih mampu memperoleh markah kira-kira 80 peratus sedangkan penuntut menurun kepada 40 peratus.
Ia menunjukkan Ayumu lebih baik dalam mengingati keseluruhan aliran nombor dengan sekilas pandang, tulis penyelidik.
"Memang mengagumkan apa yang cimpanzi ini boleh lakukan," kata Pengarah Pusat Lester E Fisher bagi Kajian dan Pemuliharaan Beruk di Zoo Lincoln Park di Chicago, Elizabeth Lonsdorf. Pusat itu mengkaji kemampuan mental beruk tetapi Lonsdorf tidak mengambil bahagian dalam kajian terbaru.
Dia kagum dengan kemampuan Ayumu terutama apabila nombor hanya ditayangkan sebentar saja di skrin.
"Saya baru menyaksikan video dan saya boleh beritahu sekarang, saya tidak mampu melakukannya. Ia cukup menakjubkan. Malah, saya tidak dapat dua segi empat pertama," katanya. - AP
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Disember 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Memori cimpanzi atasi manusia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "