2+4 hrs...Twogether Fourever

/

'Viagra organik' semakin pupus

Lelaki Uganda risau pokok kuatkan tenaga batin di hutan simpanan tidak dilindungi

KAMPALA: Ramai lelaki Uganda dilanda kebimbangan berikutan laporan sejenis pokok yang akarnya mampu menguatkan tenaga batin dan menyamai Viagra, kini pada ambang kepupusan.

"Kesan akarnya dapat dilihat hanya selepas tiga jam," kata Kasozi Bruham, petani berusia 49 tahun yang dipetik Arab Times semalam.

Beliau antara pengguna setia akar pokok 'Citropsis Articulata' atau 'Cherry Orange' yang dikenali penduduk tempatan sebagai Omuboro - sejenis pokok liar di belukar dan boleh ditemui di kawasan Hutan Simpan Mabira.

Kawasan berkenaan antara hutan hujan terakhir di negara Afrika timur berkenaan.

"Kami bimbang jika ia benar-benar pupus. Masalah lemah tenaga batin sememangnya satu perkara besar di sini," katanya.

Bruham turut mendedahkan ada lelaki yang sanggup berbelanja besar melakukan perjalanan sejauh 48 kilometer ke ibu negara, Kampala semata-mata untuk membeli akar pokok itu di kedai ubat.

"Kami sudah biasa dengan kehadiran banyak pokok Citropsis dan ramai yang sudah menggunakannya sejak sekian lama. Ia pohon Viagra bagi kami," kata jurupandu perhutanan, Robert Kungujje.

Katanya, 'pokok seks' berkenaan kini semakin pupus dengan pantas dan membimbangkan.

"Bayangkan, ramai yang masih sanggup datang dan menceroboh kawasan hutan yang dilindungi bagi mendapatkannya."

Kungujje berkata, demi mendapatkan akar pokok Citropsis itu, ramai yang sebaliknya memusnahkan kehidupan lain di sekitar kawasan hutan berkenaan.

"Mereka mencabut atau menumbangkan pokok itu tanpa memikirkan kepentingan usaha penanaman semula. Masalah seperti pengangguran, penyusuan yang rendah, kencing manis, tekanan darah tinggi yang hanya menyebabkan lemah syahwat atau mati pucuk semakin meningkat di Uganda.

"Ini menyebabkan ramai yang berlumba-lumba mendapatkan pokok ini," kata Pakar Botani dan Kesihatan Reproduktif tempatan, Maud Kamatenesi-Mugisha.

Kira-kira 80 peratus penduduk Uganda bergantung sepenuhnya ke atas kaedah rawatan tradisional bagi mengubati penyakit mereka disebabkan kos rawatan perubatan moden yang mahal dan kurang.

Permintaan tinggi berkenaan turut menyebabkan beberapa spesies tumbuhan lain yang turut ada di Mabira, juga hampir pupus. Ini termasuk, Warburgia Ugandensis, yang didakwa berkesan bagi mengubati masalah jangkitan kuman dan kulat. - Agensi


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Disember 24, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog