2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Makanan ayam bebas enzim babi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.

Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.

"Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.

"Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat," katanya kepada Berita Harian.

Kebimbangan orang ramai terhadap ayam segar yang dijual di pasaran tempatan timbul selepas tersebarnya satu e-mel, yang antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam diternak di Malaysia bebas daripada makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.

E-mel itu turut mempaparkan fakta kononnya kajian saintifik di luar negara yang mendapati penggunaan makanan tambahan berbentuk 'hidrolisis protein' diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang diragui status halal, dikesan di Eropah.

Berikutan itu, jawatankuasa khas ditubuhkan September lalu bagi menyiasat dakwaan penggunaan bahan diragui status halal dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Dr Abdul Aziz berkata, sebarang kenyataan yang menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif termasuk menyebabkan rakyat panik.

"Kita sudah mengenal pasti individu yang mengeluarkan maklumat itu dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya," katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah sampingan, Institut Penyelidikan Produk Halal sedang merangka kaedah hidrolisis protein untuk memperoleh hasil kajian status halal secara terperinci pada masa depan.
[+BHarian+]



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Disember 24, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog