2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tikus 5 kali ganda saiz biasa ditemui


PENEMUAN BARU: Pakar mamalia, Martua Sinaga memegang tikus gergasi yang mempunyai berat badan 1.4 kilogram di pergunungan Foja, Papua, Indonesia.

'Lost World' di Foja habitat spesies baru palma, rama-rama

JAKARTA: Sekumpulan penyelidik di kawasan hutan terpencil di Indonesia menemui seekor tikus gergasi dan sejenis tupai kecil disifatkan baru kepada sains, memperkukuhkan lagi kepelbagaian kehidupan di negara Asia Tenggara itu.

Spesies baru mamalia itu ditemui sekumpulan saintis Amerika Syarikat dan Indonesia. Mereka kini sedang menjalankan kajian lanjut bagi mengesahkan status spesies mamalia itu.

Haiwan terbabit ditemui di kawasan hutan hujan pergunungan Foja di timur wilayah Papua dalam satu ekspedisi Jun lalu, kata Conservation International yang berpejabat di Amerika Syarikat yang menganjurkan kajian bersama Institut Sains Indonesia.

"Tikus gergasi itu lebih kurang lima kali ganda daripada saiz tikus bandar biasa," kata Kristofer Helgen, seorang saintis dari Institusi Smithsonian di Washington.

"Ia langsung tidak takut kepada manusia dan datang beberapa kali ke kem ketika ekspedisi terbabit."

Tupai yang ditemui pula disifatkan sebagai salah satu daripada marsupial terkecil di dunia.

Satu ekspedisi 2006 ke kawasan hutan yang sama digelar Conservation International sebagai 'Lost World' kerana sebelum ini ia jarang dilawati manusia yang turut mendedahkan beberapa spesis eksotik baru palma dan rama-rama.

Papua memiliki hutan hujan terbesar di dunia tetapi seperti tempat lain di Indonesia ia menjadi saingan kepada pembalakan haram. Saintis tahun lalu berkata kawasan Foja belum lagi terancam kerana ia terletak di kawasan pedalaman.

"Gembira sekali apabila mengetahui masih ada satu tempat di atas dunia yang amat terpencil serta masih kaya dengan alam semula jadi sepenuhnya," kata ketua ekspedisi, Bruce Beehler.

"Kami gembira melihat kawasan Eden ini masih belum tercemar dan kekal seperti sebelumnya ketika pertama kali kami melawatnya." - AP



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Disember 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog