2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 5:34 AM

21Jumaat,Disember

Monyet mahir buat pengiraan

CHICAGO: Satu lagi kajian menunjukkan prestasi monyet hampir menyamai pelajar kolej dalam kemahiran membuat pengiraan, sekali gus disifatkan sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat bahawa kemahiran matematik bukan bahasa bukanlah sesuatu yang unik kepada manusia.

Kajian dari Universiti Duke dibuat berikutan satu penemuan penyelidik Jepun awal bulan ini bahawa cimpanzi muda menunjukkan prestasi lebih baik berbanding manusia dewasa dalam satu permainan memori.

Kajian sebelum ini mendapati bahawa mamalia bukan manusia itu boleh memadankan objek nombor, membandingkan nombor dan memilih nombor besar daripada dua set objek.

Ini adalah kajian pertama yang melihat sama ada mereka boleh membuat keputusan jelas yang berdasarkan kepada jenis pengiraan matematik,” kata Jessica Cantlon, seorang penyelidik neurosains kongnitif di Universiti Duke.

Ia menunjukkan apabila anda membuang bahasa dari seorang manusia mereka akhirnya kelihatan sama seperti monyet dari segi prestasi,” kata Cantlon dalam satu temubual telefon.

Kajian beliau membabitkan pasukan matematik monyet Boxer dan Feinstein yang keduanya betina dinamakan sempena nama senator Amerika Syarikat, Barnara Boxer dan Dianne Feinstein dari California bersama 14 pelajar Universiti Duke.

Tugasan berkenaan memerlukan mereka mengira jumlah dua set titik yang disiarkan melalui skrin komputer. Pasukan terbabit diminta memilih jawapan yang betul daripada dua pilihan di dua skrin berbeza.

Kumpulan manusia tidak dibenarkan mengira atau menggunakan bahasa seperti biasa tetapi mereka diminta menjawab secepat yang boleh. Kedua-dua monyet dan manusia terbabit memberikan jawapan dalam masa satu saat dan jawapan kedua-dua hampir sama.

Cantlon berkata kajian itu juga bukan bertujuan menunjukkan prestasi pelajar Universiti Duke.

Saya rasa ia lebih menggunakan mamalia bukan manusia sebagai alat untuk menemui dari mana datangnya pemikiran manusia yang canggih,” katanya. - Reuters


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Disember 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog