CATAT PENGALAMAN: Roy Follows menunjukkan buku yang ditulisnya bersama Hugh Popham bertajuk 'The Jungle Beat - Fighting Terrorists in Malaya 1952-1961' selepas majlis penyampaian PJM.
Bekas askar British bantu pulih keamanan di Tanah Melayu mahu pamer pingat hari ini
BEKAS askar Britain dilaporkan menyuarakan bantahan terhadap peraturan Kementerian Pertahanan Britain melarang pemakaian Pingat Jasa Malaysia (PJM). Mereka merujuk kepada persetujuan kerajaan membenarkan anugerah dari Russia dipakai ketika perarakan tentera sedangkan penerima PJM dilarang. Akhbar The Independent membincangkan isu itu dengan artikel bertajuk 'The lost wars: Britain's Malayan campaigns.'
Berikut adalah petikan laporan berkenaan. :
MEMANG aneh betapa sedikitnya warga Britain tahu sejarah perang yang membabitkan askarnya di negara tertentu. Negara lain mengadakan sambutan besar atas kemenangan tentera mereka, membincangkannya jika kalah tetapi tidak di Britain. Dua daripada kemenangan terpenting Britain sejak setengah abad lalu masih terkubur dalam hutan Asia.
Tanyalah sesiapa untuk memberi senarai negara yang membabitkan tentera Barat memerangi musuh Komunis pada era Perang Dingin dan jawapan pertama tentu Vietnam, selepas itu Korea atau mungkin Greece.
"Tak ramai akan merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu. Kurang daripada itu akan dapat menuding kepada nama pulau di Asia di mana beratus-ratus mayat askar British terkubur dalam hutan, maut dalam konflik yang tidak dimaklumkan langsung kepada warga Britain," kata The Independent.
KHIDMAT DIHARGAI: Setiausaha Persatuan Veteran Malaya dan Borneo United Kingdom, George Tullis menunjukkan PJM yang diterimanya tahun lalu ketika ditemui di London.
Di Hollywood, industri perfileman Amerika mengetengahkan Apocalypse Now, The Deer Hunter, The Manchurian Candidate dan M.A.S.H untuk terus mengingati Perang Vietnam dan Korea.
Industri filem Britain pula hanya dapat menerbitkan filem komedi bertajuk Privates on Parade mengenai kematian askarnya di hutan Tanah Melayu.
Perang di Tanah Melayu yang begitu jarang muncul dalam berita kembali diberi perhatian minggu ini kerana pertentangan yang semakin sengit antara veteran perang itu dengan Kementerian Pertahanan.
Ia dijangka sampai di kemuncaknya hari ini dalam perarakan sambutan 'Remembrance Day.' Semuanya adalah mengenai pingat yang akan dipakai veteran perang itu pada seragam mereka.
Ia bermula selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, memberitahu Kementerian Pertahanan Britain mengenai rancangan memberi penghormatan kepada askar Britain yang mempertahankan negaranya dengan menyampaikan anugerah PJM.
Kementerian Pertahanan Britain berterima kasih atas langkah itu dan menjawab Kerajaan Malaysia bebas memberi pingatnya kepada sesiapa saja.
Sekalipun ada peraturan tertentu mengenai pemberian pingat kepada askarnya, sebagai tolak ansur Ratu Elizabeth membenarkan pingat itu diberi kepada veteran perang Britain.
Tetapi, ia juga menekankan, ia tidak boleh membenarkan mereka memakainya kerana peraturan menyatakan pingat tidak boleh diberi untuk khidmat dalam konflik yang tamat lebih lima tahun lalu.
Selain itu, askar terbabit sudah pun diberi pingat Kerajaan Britain.
"Perbuatan memakai dua pingat atas perang yang sama dianggap tidak menepati amalan tempatan," kata The Independent.
Cuma, peraturan itu tentu lebih mudah diterima jika ia dilaksanakan secara konsisten apabila veteran perang terbabit merujuk kepada penghormatan Russia kepada askar British dalam Perang Dunia Kedua.
Perang itu sudah tamat lebih 55 tahun lalu tetapi Kementerian Pertahanan Britain menerimanya.
Ogos lalu, satu kontinjen veteran perang Britain dijemput ke Malaysia menyertai sambutan kemerdekaan ke-50 dan digalakkan memakai pingat PJM yang dilarang untuk dipakai di negara sendiri tetapi Kementerian Pertahanan masih melarangnya.
Bagaimanapun, ramai veteran perang Britain mahu memakai pingat itu hari ini.
Fred Burnett, anggota Persatuan Veteran Perang Borneo dan Tanah Melayu, dalam nada tegas berkata:
"Saya minta maaf tetapi seperti juga beribu-ribu orang lain yang diberi pingat ini akan berkata kepada Kementerian Pertahanan, saya akan pakai pingat ini pada 11 November, begitu juga mereka."
"Ratu (Elizabeth) berkata, rakan seperjuangan saya boleh pakai pingat itu selama tiga hari di Malaysia. Tentera Australia, New Zealand dan Fiji dibenarkan Kerajaan mereka memakainya.
"Wajarkah kita kata tidak boleh kepada rakyat Malaysia? Wajarkah kita kata tidak boleh kepada Raja Malaysia? Atau, patutkah kita kata rakyat Malaysia mahu kami memakainya dan itulah yang akan berlaku?"
Kementerian Pertahanan pula menjawab: "Sudah menjadi dasar sekian lama bahawa anugerah negara asing tidak diluluskan untuk dipakai dalam majlis atau tugasan di Britain kerana anugerah tempatan sudah diberi.
"Mereka yang bertugas di Malaysia dan diberi pengiktirafan ketika tempoh itu sudah diberi Pingat Khidmat Awam.
"Tolak ansur membenarkan mereka menerima PJM tetapi tidak memakainya adalah satu pengiktirafan yang besar maknanya oleh Raja dan Kerajaan Malaysia.
"Keputusan Jawatankuasa HD (Jawatankuasa Pemberian Anugerah dan Pingat) berbentuk prosedur dan bukan keputusan dari segi undang-undang."
Dua konflik yang lama melanda Tanah Melayu. Konflik pertama bermula pada Jun 1948 apabila gerila Komunis keluar dari hutan dan menyerbu sebuah ladang getah membawa kepada kematian tiga pengurusnya.
Konflik dengan gerila Komunis berlarutan 12 tahun. Pada akhirnya, pemimpin Komunis, Chin Peng lari ke China.
Secara rasmi, Kerajaan Britain tidak pernah menyifatkan konflik pertama itu sebagai perang tetapi mengkategorikan musuh sebagai pengganas dan penjenayah serta mem-babitkan operasi polis dengan polis tempatan mengetuai operasi dibantu askar British.
Dalam operasi itu, askar Britain menggugurkan 545,000 tan bom dan melakukan 4,500 serangan udara dalam tempoh lima tahun pertama.
Seramai 519 warga Britain maut termasuk Pesuruhjaya Tinggi Henry Gurney manakala lebih 1,300 polis dan lebih 3,000 orang awam, maut.
Konflik di Tanah Melayu itu juga adalah yang terakhir membabitkan kerahan askar Britain kerana peperangan dan kerahan tamat pada tahun yang sama 1960. Pada akhirnya, gerila Komunis tewas kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.
Tetapi, selepas konflik itu tamat, konflik kedua pula meletus di Borneo yang terbahagi kepada empat wilayah iaitu Brunei, Kalimantan menyertai Indonesia manakala Sabah dan Sarawak pula dicadangkan menyertai Persekutuan Tanah Melayu sebelum ditukar kepada Malaysia.
Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno membantah saranan itu dan bermulalah perang rahsia di hutan Borneo.
PJM diberi kepada mana-mana askar asing yang menyokong Malaysia pada 1957 hingga 1966 yang bermakna untuk veteran perang Borneo, konflik yang diketahui perkembangannya.
Hampir tiada buku atau filem untuk mengingati konflik kedua itu. Laporan akhbar minggu ini lebih menonjolkan pertelagahan veteran perang dan kementerian berkenaan berhubung konflik pertama.
Bagi seorang bekas askar, Fred Burnett, dia terbabit dalam dua konflik berkenaan.
Beliau adalah askar kerahan yang bertugas di Tanah Melayu pada 1952 dan berada di Borneo pada 1965.
"Ada orang berkata 'saya berperang di Tanah Melayu pada 50-an dan kami saja yang terbabit'. Saya boleh beritahu, perang itu berlaku dalam hutan. Di Tanah Melayu, kita kehilangan 519 askar, di Borneo, angkanya 500, jadi apakah bezanya?"
"Saya amat sedih membincangkannya. Ada sahabat saya mati di sana, tiada siapa tahu di mana mereka ditanam dan orang ramai tidak diberitahu kami berperang," katanya. - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, November 12, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Veteran Britsh marah disekat pakai Pingat Jasa Malaysia (PJM) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "