Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:56 AM

21Rabu,November

Pelaburan nuklear di negara Islam oleh Barat

Oleh Nahar Azmi Mahmud

Dunia MEMPERKENAL jurujual nuklear baru - Nicolas Sarkozy. Sejak dipilih sebagai presiden Perancis enam bulan lalu, beliau gigih mendapatkan sokongan Barat bagi rancangan menjual nuklear untuk keperluan awam ke negara lain.

Idea ini diperolehi daripada pengalaman dua negara majoriti Islam, Pakistan dan Iran, yang mendapatkan tenaga nuklear dengan jalan pintu belakang.

Mentelah harga minyak kian meningkat dan mungkin mencapai AS$200 setong. Daripada menyalurkan minyak untuk menjana elektrik ke rumah, bangunan dan industri, ada baiknya ia digunakan untuk kenderaan.

Itulah cara Perancis meyakinkan negara-negara Islam yang kebanyakannya diberkati minyak.

Tampaknya sokongan Barat, terutama adikuasa tunggal Amerika Syarikat, kian menyebelahinya.

Menjual teknologi tinggi memanglah lumayan. Inilah juga daya saing Perancis untuk membolehkan syarikat-syarikatnya yang bertaraf antarabangsa (MNC) bertapak di banyak negara demi menjanjikan aliran pendapatan yang besar pada hari muka.

439 logi nuklear di 30 negara

Baru-baru ini semasa berkunjung ke Libya, Sarkozy telah memeterai memorandum persefahaman. Oktober lalu, beliau juga telah berhasil mencapai kerjasama dengan Maghribi dalam bidang yang sama.

Beliau dijangka berkunjung ke Algeria pada Disember ini dan diikuti dengan Arab Saudi pada Januari tahun depan nanti.

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kini terdapat 439 loji nuklear di 30 buah negara. Daripada jumlah ini, dua terdapat di Pakistan, sebuah negara majoriti Islam yang mendapat bantuan China. Dalam pada itu, Iran juga sedang membina pusat kuasa nuklearnya yang pertama dengan bantuan Russia.

Menurut Javier Solana, ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) dan perunding isu nuklear Iran, sejak beberapa bulan lalu sekurang-kurangnya 12 lagi negara Islam telah melahirkan minat untuk menggunakan kuasa nuklear.

Beliau juga tersentak dengan keinginan Maghribi, Mesir dan Jordan yang dianggap beraliran sederhana kerana inginkan tenaga nuklear dalam menjana pembangunan negara.

Kerana peningkatan permintaan untuk nuklear sebagai ganti minyak, Dunia Barat dan agensi antarabangsa telah cuba mengetatkan dasar bagi mengawal penggunaan tenaga nuklear. Mereka khuatir bahawa negara Islam seperti Iran dan Pakistan akan cuba memanfaatkan keperluan tersebut.

Nuklear sudah terbukti berjaya membekalkan keperluan elektrik di banyak negara. Hampir seluruh keperluan elektrik awam Perancis dihasilkan menerusi puluhan loji nuklearnya.

Namun, nuklear juga boleh dijadikan senjata ampuh. Untuk itu, teknologi memperkaya uranium (bahan utama nuklear) perlu dicegah. Dunia Barat berasa perlu menjadi pengawal penularan senjata nuklear.

Kini terdapat 10 negara mempunyai senjata nuklear iaitu Amerika, Russia, China, Perancis, Britain, India dan Pakistan. Dipercayai Israel juga mempunyai senjata nuklear tetapi sukar disahkan oleh IAEA.

Kegigihan Perancis tentu menarik negara majoriti Islam seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE), Turkey, Yaman, Mesir, Qatar dan Tunisia.

Bahkan, tidak ditolak kemungkinan bahan nuklear mungkin ditukar ganti dengan minyak dalam dagangan antara mereka.

Perancis pula dikatakan mahu membentuk blok dagang di pesisir Mediterranean dan Afrika Utara yang dulu pernah dijajahnya.

Tidak syak, Sarkozy mempunyai visi besar untuk menjadikan negaranya sebagai pemain penting dalam sektor tenaga dunia.

Dengan memberikan alasan yang kuat iaitu mengatasi masalah atau dilema kekurangan tenaga dalam abad ke-21, Perancis dapat mempengaruhi banyak negara Islam dan Afrika.

Memang strategi pemasaran Perancis amat pintar. Permintaan untuk tenaga akan terus meningkat. Sesungguhnya, Perancis memang memiliki daya saing tinggi dari segi nuklear.

Namun, timbul persoalan besar - bagaimanakah membuang sisa nuklear di negara-negara yang kurang membangun itu?

Bukankah nuklear sukar dihapuskan oleh sekitaran walaupun sesudah ribuan tahun?

Langkah Perancis juga dikaitkan dengan usaha mengekang Iran menjadi negara yang mempunyai senjata nuklear.

Barat dengan sokongan kuat Presiden Sarkozy sedang berusaha mengenakan sekatan lebih keras ke atas Teheran bagi mencegahnya memiliki keupayaan memperkaya uranium.

Persaingan Sunni dan Syiah

Setakat ini, Russia dan China yang mempunyai kuasa undi pembatal di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menolak apa jua sekatan yang menyukarkan lagi keadaan di Iran.

Setiap negara yang mahu menggunakan kuasa nuklear bagi tujuan pembangunan harus sedar dan melahirkan sokongan kepada sistem antarabangsa yang tidak menggalakkan merebaknya senjata nuklear.

Begitulah cara Barat yang sudah mempunyai kuasa nuklear dalam usaha menegah negara-negara lain memiliki tenaga nuklear.

Barat bimbang bahawa gerakan militan di negara majoriti Islam akan cuba merampas nuklear dan mengancam seluruh dunia.

Mentelah terdapat persaingan antara negara-negara Arab dari aliran Sunni dengan golongan Syiah, hujah para penganalisis Barat. Anehnya, Israel, sebuah negara yang memiliki senjata nuklear, sering dikecualikan dalam dimensi bahas ini.

Presiden Sarkozy telah menimbulkan cabaran kuasa nuklear ini apabila beliau berucap pada 27 Ogos lalu ketika membentangkan keutamaan dasar-dasar luar beliau kepada rakyat.

Dalam ucapan itu, beliau menegaskan bahawa cara bagi mengelakkan konfrontasi antara Islam dengan pihak Barat ialah dengan menolong negara-negara Islam meninjau penggunaan tenaga nuklear bagi keperluan mereka pada masa depan.

Pemimpin Perancis itu mengingatkan dalam ucapannya itu bahawa kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan membawa kepada meningkatnya keganasan antarabangsa yang menggunakan nama Islam.

Reaksi kepada saranan Perancis itu berbeza-beza. Ada yang tidak bersetuju dengan saranannya dan memberi amaran bahawa kumpulan pengganas antarabangsa akan menyerang pangkalan nuklear atau sebarang bentuk pengangkutan nuklear dan mereka sendiri akan cuba memiliki senjata itu bagi kegunaan mereka.

Di samping itu, ada pihak yang mengatakan bahawa akan berlaku persaingan dan permusuhan antara Dunia Arab dengan Iran terutama dalam persaingan untuk mendapatkan bahan uranium.

Sebagai contoh, Arab Saudi dikatakan begitu khuatir dan bimbang bahawa Iran akan menghasilkan senjata nuklearnya pada suatu hari kelak.

Kekhuatiran ini mungkin mendorongnya memperolehi senjata nuklear untuk tujuan pertahanan.

Dalam pada itu, ada pakar-pakar yang mengalu-alukan saranan atau inisiatif Perancis itu. Sama ada demi mengelakkan kekurangan tenaga atau menyekat negara Islam memiliki senjata nuklear, yang jelas ada nilai komersial yang besar di sebalik daya utama Perancis itu. - BH




Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, November 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog