/

Kadar Tol Tahun Depan :: Empat Kekal, Enam Naik

KUALA LUMPUR, 28 Nov, - Kabinet bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang pada tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bercakap kepada pemberita di sini, katanya berikutan keputusan itu yang dibuat pada mesyuarat kabinet mingguan hari ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM242 juta kepada empat pemegang konsesi berkenaan.

Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (Prolintas), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link dan Jambatan Pulau Pinang.

Samy Vellu berkata bagaimanapun kadar tol di enam lebuh raya lain akan dinaikkan mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya Seremban - Port Dickson; Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah; Lebuhraya Kulim - Butterworth; Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura; Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru; serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

Samy Vellu berkata ekoran keputusan untuk tidak menaikkan tol seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi dengan empat pemegang konsesi itu, kerajaan akan membayar kepada konsesi Prolintas sebanyak RM26 juta, PLUS RM145 juta, Sprint RM32 juta dan Jambatan Pulau Pinang (RM39 juta).

"Jumlah pampasan ini adalah merupakan anggaran sahaja dan tertakluk kepada jumlah trafik sebenar ," katanya. (??)

Beliau berkata selain itu kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 serta pampasan RM27 juta kepada Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru kerana tidak menaikkan kadar tol sejak 2005.

"Oleh yang demikian keseluruhan pampasan yang dibayar oleh kerajaan kerana tidak melaksanakan kenaikan tol bagi tahun 2008 adalah dianggarkan sebanyak RM344 juta," katanya.

Samy Velu turut berkata kadar kenaikan tol di enam lebuh raya itu melibatkan antara tujuh dan 50 peratus daripada kadar sekarang.

Mengenai kenaikan tol itu, Samy Vellu berkata enam lebuh raya tersebut tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan tidak melibatkan pengguna yang ramai.

"Secara keseluruhan tidak banyak trafik seperti di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Elite paling kurang trafik, Linkedua pula hanya dilalui 16,000 kenderaan sahaja manakala di Tambak Johor kebanyakan yang melalui laluan tersebut adalah dari Singapura," katanya.

Menurutnya keputusan untuk mengekalkan kadar tol di empat lebuh raya pula kerana ia adalah laluan utama dan digunakan ramai pihak setiap hari.

"Kita (kerajaan) tak nak bebankan pengguna dan sebab itu kita (kerajaan) bayar ganti rugi," katanya.

Ditanya adakah keputusan itu dipengaruhi oleh tempoh pilihan raya yang semakin hampir, Samy Vellu berkata jika itu menjadi asas untuk membuat keputusan maka "semua kasi percuma".

Beliau berkata keputusan mengekalkan kadar tol di empat lebuh raya itu juga diputuskan bagi tempoh sehingga akhir tahun depan sahaja.

Katanya dalam tempoh kira-kira setahun bermula sekarang, kementeriannya diarah untuk membuat kajian sama ada sebarang kenaikan tol selepas itu akan menjejaskan pengguna.

Sementara itu, kenaikan tol yang diumumkan itu bakal menyaksikan kesan minimum kepada orang ramai terutama kepada pemandu kereta dengan kenaikan antara 10 peratus dan 50 peratus iaitu sebanyak 10 sen hingga RM1.36 sen.

Contohnya pemandu kereta hanya membayar tambahan 10 sen di tol terbuka Plaza Tol Lukut, Negeri Sembilan dan kenaikan 30 sen masing-masing di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinkKedua) dan di Tambak Johor dan Tol Plaza Bukit Kayu Hitam.

Kenaikan terbesar tol pada pengumuman ini ialah di (LinkKedua) melibatkan kenderaan kelas tiga iaitu kenderaan tiga gandar atau lebih (lori) apabila naik daripada RM38.20 kepada RM48.90 iaitu perbezaan sebanyak RM10.70. - (Bernama)


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, November 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog