2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 8:16 PM

12Isnin,November

Gaya hidup punca remaja obes

KUALA LUMPUR 11 Nov. Ketagihan kepada permainan video dan pengambilan makanan segera antara penyebab kanak-kanak dan remaja kini menjadi obes, sekaligus diserang diabetes seawal usia sembilan tahun.

Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Fatimah Harun berkata, kelekaan bermain video dan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi menyebabkan golongan tersebut terdedah kepada diabetes tahap kedua.

‘‘Lebih membimbangkan diabetes jenis itu dahulunya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) tetapi kini menular di kalangan kanak-kanak. Ini berlaku disebabkan perubahan masa dan taraf hidup sekarang.

‘‘Mereka (kanak-kanak dan remaja) lebih gemar menghabiskan masa berjam-jam bermain komputer dan permainan video berbanding keluar untuk bersukan yang secara tidak langsung menjurus kepada obesiti dan seterusnya diabetes,’’ katanya ketika ditemui pemberita pada perasmian Seminar Hari Diabetes Sedunia 2007 di sini hari ini.

Maklumat

Fatimah menyarankan maklumat mengenai permasalahan ini disebarkan kerana sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka menghidap diabetes.

‘‘Jangan sangka golongan dewasa sahaja yang boleh diserang diabetes kerana peratusan pesakit kanak-kanak juga sudah meningkat setiap tahun,’’ ujarnya.

Menurutnya, penyakit itu mampu memudaratkan kerana ia menjurus kepada masalah kesihatan sekiranya tiada pengesanan awal dan tidak dikawal.

‘‘Mereka yang mempunyai pengiraan indeks jisim tubuh (BMI) melebihi paras normal dinasihati agar berjumpa pakar untuk pemeriksaan,’’ tambahnya.

Fatimah berkata, kanak-kanak obes lebih mudah terdedah kepada penyakit itu selain diwarisi melalui genetik.

Menurutnya lagi, kemewahan yang ditabur ibu bapa terhadap kanak-kanak dan remaja mendorong mereka menjalani kehidupan ala Barat dan secara tidak langsung mendedahkan diri kepada diabetes.

Ini terbukti kerana peratusan kanak-kanak dan remaja menghidap diabetes di Amerika Syarikat sangat tinggi berpunca daripada mengamalkan rutin harian yang serupa.

‘‘Hasil penyelidikan mendapati kumpulan yang mendapat diabetes itu rata-rata mengamalkan pengambilan makanan segera serta bermain permainan video secara kerap sehingga menjadi rutin harian,’’ katanya. - Utusan




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, November 12, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog