Isnin : 7 April 2025   
@ 9 Syawal 1446H / 1:06 AM

28Rabu,November

Denda Tidak Lebih RM10,000 Terhadap Hotel Tidak Sediakan Paip Air

KUALA LUMPUR, 28 Nov, - Pengusaha hotel dan pemilik bangunan yang gagal mematuhi pekeliling Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mereka menyediakan kemudahan membersihkan diri khususnya bagi pengguna beragama Islam boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata pengusaha berkenaan juga boleh dikenakan denda tambahan RM500 bagi setiap hari selepas disabitkan, jika mereka gagal mengubah keadaan itu.

"PBT telah mengeluarkan notis arahan kepada pemilik bangunan dan hotel sedia ada bagi menyediakan kemudahan kebersihan diri. Sekiranya denda masih tidak berkesan, pihak PBT boleh menggantung lesen mereka," katanya menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Lau berkata pihaknya telah mengeluarkan pekeliling kepada PBT yang mengarahkan semua hotel dan bangunan lain supaya menyediakan kemudahan seperti paip air di tandas pada Jun 2003.

"Bagi hotel yang dibina selepas 2003 tidak ada masalah menyediakan kemudahan itu, cuma bagi yang dibina sebelum itu sahaja yang masih ada masalah," katanya.

Beliau berkata kementerian itu juga mengarahkan PBT mewujudkan bahagian pemantauan dan pengurusan untuk memastikan pekeliling itu dipatuhi. - (Bernama)



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, November 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog