Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 8:04 AM

11Khamis,Oktober

Wanita Indonesia Yang Ditahan Berhubung Kes Bunuh Nurin Dibebaskan

KUALA LUMPUR, 10 Okt, - Seorang wanita warga Indonesia yang ditahan polis pada 28 Sept bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazmin, 8, hari ini dibebaskan tanpa syarat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata wanita itu dibebaskan kerana polis tidak mempunyai bukti kukuh yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah.

" Kami terpaksa melepaskannya kerana kami tiada cukup bukti untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap dia. Lagipun tempoh lanjutan reman yang diperolehi pada 4 Okt lepas tamat hari ini.

"Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Wanita itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan dan dikatakan menjadi "penjaga" Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangan kanak-kanak itu.

Wanita itu juga dikatakan pernah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, serta menghubungi talian Rakan Cop dengan menggunakan pelbagai nombor telefon bimbit bagi mengetahui perkembangan kes kehilangan kanak-kanak itu..

Pada 29 Sept, wanita itu juga telah menelan satu kad SIM (modul pengenalan pelanggan) yang mengandungi maklumat panggilan yang dibuatnya kepada bapa Nurin Jazlin dan kad SIM tersebut hanya berjaya dikeluarkan selepas enam hari. - BERNAMA



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, Oktober 11, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog