2+4 hrs...Twogether Fourever

/

'Ubat subur bawa maut'

Pengguna berisiko hidap Sindrom Ovarian Hyperstimulation: Penyelidik

LONDON: Satu kajian penyelidikan Amerika Syarikat mendakwa ubat kesuburan, termasuk menerusi suntikan kepada wanita bagi tujuan menggalakkan penghasilan telur bukan setakat membazir wang dan masa tetapi boleh membawa maut apabila ovari tidak dapat mengendalikan pengeluaran telur yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ubat hormon penggalak kesuburan itu diberikan kepada ribuan wanita Britain setahun bagi tujuan meningkatkan penghasilan telur khususnya sebelum kaedah kehamilan bantuan perubatan.

Jika wanita berkenaan gagal hamil, dia lazimnya digalakkan mencuba kaedah IVF yang lebih kompleks dan mahal.

Namun, satu hasil kajian terbaru menunjukkan ubat berkenaan yang harganya mencecah sehingga £1,000 (RM7,000) setiap kitaran, memberi peluang kehamilan yang terhad.

"Ia sebaliknya meningkatkan risiko kemungkinan kelahiran kembar serta Sindrom Ovarian Hyperstimulation - sejenis penyakit maut apabila ovari tidak mampu mengendalikan pengeluaran telur yang banyak,"kata ketua penyelidik Pusat Perubatan Dartmouth-Hitchcock di New Hampshire, Dr Richard Reindollar.

Sehubungan itu, beliau berkata, wanita sebaliknya lebih elok mengelak pengambilan ubat penggalak kesuburan yang berasaskan hormon FSH itu dan sebaliknya terus melakukan kaedah IVF.

"Kaedah lebih pantas sedemikian dapat memberi peluang kehamilan lebih cepat dan menjimat belanja," katanya ketika membentangkan kertas kerja di Persidangan Persatuan Perubatan Reproduktif Amerika.

Dr Reindollar berkata, tindakan mempercepatkan proses dengan mengelak suntikan kesuburan FSH itu juga bermakna wanita tidak perlu mengambil banyak cuti selain mengurangkan trauma berbulan lamanya akibat menjalani rawatan kesuburan.

Beliau membuat syor itu selepas meneliti perkembangan lebih 500 wanita yang menjalani rawatan kesuburan. Kesemua wanita itu memulakan usaha itu dengan mengambil ubat kesuburan menerusi pil.

Wanita yang tidak hamil kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan - pertama diberikan suntikan FSH yang menghasilkan banyak telur dan seterusnya kaedah bantuan perubatan. Jika masih belum hamil, mereka menjalani IVF.

Kumpulan kedua sebaliknya terus menjalani proses IVF. Apa didapati, kumpulan kedua hamil dalam masa lapan bulan - tiga bulan lebih awal berbanding yang mengambil suntikan.

Analisis itu menunjukkan kaedah pantas mengambil IVF, dapat mengurangkan kos rawatan sekitar £5,000 (RM35,000) bagi setiap pesakit.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Kesuburan Britain, Dr Mark Hamilton, menyifatkan hasil kajian itu sebagai peringatan kepada pesakit memilih rawatan yang benar-benar berkesan tetapi selamat. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Oktober 20, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog