/

7 negara Asean sedia mula projek landasan

SINGAPURA: Projek Rangkaian Landasan Singapura-Kunming (SKRL) yang menghubungkan tujuh negara Asean dengan Bandar raya Kunming, China berjalan lancar apabila kebanyakan negara terbabit kini sudah bersedia melaksanakan projek itu di negara masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata bagaimanapun ada beberapa rangkaian terputus pada projek itu membabitkan Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang ketika ini sudah menyiapkan kajian kemungkinan bagi memulakan projek serta ada negara pada peringkat pelaksanaan.

Perkara yang paling memberangsangkan apabila kita sudah ada tarikh khusus untuk pembinaan rangkaian terputus itu dan mempunyai tarikh siap yang konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-9 Kumpulan Kerja Khas SKRL di Hotel Carlton, di sini, semalam. Hadir merasmikan mesyuarat, Menteri Pengangkutan Singapura, Raymond Lim.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat separuh hari itu membabitkan laporan kemajuan oleh negara anggota dan perkembangan terkini status oleh Bank Pembangunan Asia serta Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik.

Cadangan projek landasan sepanjang 5,513 Kilometer (km) itu, yang dikemukakan ketika Sidang Kemuncak Asean di Bangkok pada 1995, bermula di Singapura dan berliku-liku merentasi Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam sebelum berakhir di Kunming.

Malaysia ditugaskan untuk mempengerusikan kumpulan kerja bagi projek bernilai AS$2 bilion (RM6.8 bilion) itu, yang dilaksanakan di bawah Kerjasama Pembangunan Lembangan Asean-Mekong.

Rangkaian terputus sepanjang laluan timur itu, adalah lintasan 48km menyeberangi sempadan Poipet-Sisophon di Kemboja, laluan sepanjang 286km antara Phnom Penh di Kemboja dan Loc Ninh di Vietnam, serta 129km lagi yang menghubungkan Loc Ninh dan Banda raya Ho Chi Minh. Rangkaian terputus di Myanmar membabitkan laluan lain yang keluar dari Thailand.

Mengenai laluan di Kemboja, Chan berkata, pihak terbabit kini aktif menyediakan tapak bagi pembinaan laluan Poipet-Sisophon dan menjangkakan projek itu siap menjelang 2010.

Katanya, bagi laluan Loc Ninh-Bandaraya Ho Chi Minh (di Vietnam), kerja dijangka bermula pada 2010.

Beliau berkata, bagi laluan Phnom Penh-Loc Ninh pula, kajian kemungkinan sudah siap tetapi projek itu masih memerlukan pembiayaan sebelum pembinaan dapat dimulakan.

Mengenai rangkaian landasan Myanmar-Thailand, beliau berkata, kajian kemungkinan bagi laluan sepanjang 110km menghubungkan Nam Tok di Thailand ke Three Pagoda Pass di Myanmar dan ke Thambyuyazat juga sudah siap.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan kerja khas SKRL masih mencari dana untuk melaksanakan projek di Myanmar-Thailand itu.

Katanya, mesyuarat semalam turut dimaklumkan banyak tugas pemodenan dan pemulihan semula laluan dilaksanakan oleh negara yang mengambil bahagian ke atas landasan sedia ada.

Malaysia, sempena mesyuarat ke-10 kumpulan kerja khas mengenai SKRL, akan menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menarik penderma antarabangsa dan bakal pelabur untuk projek berkenaan. Selain itu, perkara itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Pelaburan Menteri Kewangan Asean pada 24 Oktober ini bagi memperkenalkan peluang pelaburan di Asia, “ katanya.

Ditanya sama ada projek itu dapat disiapkan menjelang 2015, Chan berkata: “Kami amat berharap. Ketika ini (jangkaannya) agak memberangsangkan. Projek ini sebenarnya bergerak sekarang.

Sebelum ini, tiada sasaran ditetapkan untuk projek itu disiapkan namun Setiausaha Agung Asean Ong Keng Yong dipetik berkata bahawa perlu ada ‘sedikit hubungan’ menjelang 2015, iaitu tahun yang ditetapkan oleh Asean untuk menjadikan rantau ini sebuah pasaran tunggal dan berasaskan pengeluaran di bawah Inisiatif Komuniti Ekonomi Asean.




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Oktober 20, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog