2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Poskad antik dari Perlis RM93,000

Oleh Manik Mehta

FRANKFURT, 8 Okt - Kelibat pembida dari Asia memang jarang-jarang sekali dapat dilihat dalam acara lelongan di Jerman, apa lagi untuk bersaing dengan pembida tempatan dan menaikkan harga barang lelongan.

Bagaimanapun satu lelongan Gardners Auction di Bietigheim-Bissingen, sebuah bandar yang agak terpencil di Jerman baru-baru ini menyaksikan sedikit kejutan semasa sekeping poskad mulai dilelong pada harga 500 euros (RM2,405).

Pengumpul koleksi dari Jerman yang berkumpul pada acara itu pada mulanya menjangka harga poskad yang dihantar pada 18 Mac 1908 dari Perlis ke Pulau Pinang yang dicop oleh pejabat pos tempatan itu akan menjangkau sekitar antara 2000 (RM9,622) dan 3000 euros (RM14,433).

Tidak ada seorangpun daripada mereka yang menduga bahawa dua pembida - seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat Thailand - akan bersungguh-sungguh dalam bidaan masing-masing, hingga melonjakkan harga poskad itu kepada 19,500 euros (RM93,816).

Dalam perlumbaan sengit semasa berebutkan poskad itu, akhirnya pembida dari Thailand mulai beralah, membolehkan pembida dari Malaysia menang dalam pembidaan itu, sekaligus menjadikan rakyat Malaysia berkenaan sebagai pemilik poskad tersebut pada harga 19,500 euros.

Pelelong Jerman itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan alamat pembida dari Malaysia, mahupun pembida dari Thailand yang membuat bidaan menerusi telefon.

Satu lagi poskad yang memuatkan setem pos kelas pertama bertarikah 1897 yang dihantar dari Shanghai ke Holland, dijual dengan harga 1,300 euros (RM6,254) pada acara lelongan itu, selepas bidaan mula dibuka pada harga 50 euros (RM240).

Turut membuat kejutan pada acara itu ialah sekeping poskad bertarikh 1908 yang dihantar dari Shanghai yang harganya melonjak dari 1,000 kepada 11,000 euros (RM4,811 kepada RM52,921), dan sekeping surat yang mengandungi setem pos yang dihantar dari Tibet pada tahun 1906 ke Scotland yang dijual pada harga 4,800 euros (RM23,000) selepas bidaan dibuka pada harga 100 euros (RM481).

Tidak ramai pembida Asia dan Amerika berada dalam dewan lelongan itu, yang menyaksikan jumlah jualan lelong melonjak kepada 4.5 million euros (RM21 juta).

Pengumpul setem, poskad dan surat-surat lama dari Jerman memang terkenal dengan keghairahan tentang barang-barang yang dikumpul. Lelongan wang syiling, setem dan seumpamanya sering menarik ramai peminat untuk membida, khusus bagi simpanan peribadi. - BERNAMA




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog