2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 3:55 PM

3Rabu,Oktober

Pasaran herba negara

Oleh Adha Ghazali (Berita Harian Online)

Pusat bioteknologi di Perlis buat kajian perubatan, bertindak sebagai kompleks sokongan Taman Teknologi Malaysia di Pahang

KANGAR: Nama tongkat Ali atau kacip Fatimah mungkin biasa bagi kalangan peminat minuman herba, apatah lagi dengan pelbagai evolusi produk berasakan bahan terbabit yang kini banyak dicipta dan dipasarkan.

Namun, tidak ramai yang tahu Malaysia sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan herba yang mungkin tidak pernah didengar namanya, terutama oleh golongan muda zaman sekarang seperti misai kucing, dukung anak, ubi jaga, mas cotek, hempedu bumi dan daun semambu.

Malah, dengan rekod kewujudan lebih 20,000 spesies tumbuhan herba di seluruh pelosok negara, termasuk 1,230 daripadanya terbukti mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan mampu dikomersialkan, Malaysia memang layak diiktiraf antara pengeluar utama herba dunia selain China, India dan Indonesia.

Dengan itu, keperluan kepada makmal khas atau pusat bioteknologi khusus mengendalikan kajian berasaskan herba tidak dapat disangkal lagi, terutama bagi menampung pasaran industri herba tempatan yang mencecah RM3.8 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan antara 15 hingga 20 peratus.

Tambahan pula, kemunculan pelbagai produk herba dan tradisional di pasaran berserta isu campur aduk bahan yang tidak pasti kesannya, pencemaran logam berat, mikrobial, penggunaan bahan kisar dan bukan bahan ekstrak, selain pemalsuan produk dan penggunaan bahan tiruan turut menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna.

Justeru, Kerajaan Perlis dengan kerjasama Taman Teknologi Malaysia (TPM), mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Biotek Herba Perlis (PBHP) di kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat di sini, bagi menampung keperluan industri herba negara.

Malah, PBHP yang kini dalam proses pembinaan fasa pertama membabitkan kos RM25 juta dan dijangka siap menjelang Januari 2009, bakal bertindak sebagai kompleks sokongan kepada pusat kajian herba pertama yang ditubuhkan melalui Taman Teknologi Malaysia (TPM) di Batu Talam di Raub, Pahang.

Ketua Pegawai Operasi TPM Biotech Sdn Bhd, Ahmad Husni Johari, berkata pusat biotek di Perlis adalah TPM ketiga negara selepas kompleks utamanya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan TPM Biotech di Raub, Pahang.

Beliau berkata, walaupun kompleks utama masih dalam pembinaan, tetapi kerja penyelidikan dan pembangunan PBHP sudah lama berjalan dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (Unimap) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM), selain dua TPM lain.

"Motif utama penubuhan PBHP adalah untuk memastikan penggunaan teknologi tinggi dalam menjalankan kajian bagi menghasilkan produk herba yang inovatif untuk pasaran yang lebih luas, selain memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Kita mahu mengintegrasikan industri herba melalui pendekatan penyelidikan saintifik dari aspek agronomi, peningkatan teknologi pemerosesan, penyediaan herba piawaian serta penghasilan produk berkualiti, selamat dan berkesan," katanya.

Difahamkan, sehingga Mac 2007, ada 161 pengilang ubat tradisional berlesen di negara ini yang majoritinya tertumpu di Selangor, Johor dan Kedah. Bagaimanapun, hanya 30 daripadanya pengilang Bumiputera.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek, mengumumkan ada 17,179 produk tradisional di negara ini berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dengan 59 peratus daripadanya membabitkan 10,166 produk, dihasilkan rakyat tempatan dan selebihnya 7,013 adalah dari luar.

Sementara itu, Ahmad Husni berkata, sebagai permulaan Pusat Biotek Herba Perlis akan menumpukan kajian dan penyelidikan khusus kepada tiga herba utama iaitu tongkat Ali, misai kucing dan kacip Fatimah dengan mensasarkan 100 perintis baru dalam industri penghasilan produk berasaskan herba di Perlis, menjelang Januari 2009.

"Kita akan bantu mereka yang betul-betul minat untuk majukan industri herba dengan menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan, selain sokongan dalam urusan kajian, pemerosesan serta penghasilan produk berasaskan herba.

"Apa yang penting, minat dan kesungguhan mesti ada untuk menambah nilai serta kualiti sedia ada kepada khazanah herba negara," katanya.

Pusat Biotek Herba Perlis dibina di atas tapak seluas lebih empat hektar bagi fasa pertama membabitkan kompleks utama (pentadbiran), bangunan Pusat Ekstrak Herba dan Blok Pemerosesan Asas dengan kos RM25 juta di kawasan hutan simpan Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat di sini.






: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 03, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog