Ketua Pengarah Miros, Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohaidi berkata, kajian mendapati risiko menunggang motosikal adalah 6,000 kali ganda berbanding menaiki kapal terbang, 350 kali ganda menaiki kereta api, bas (30) dan kereta (5).
Justeru, kata beliau, motosikal sewajarnya menjadi kenderaan terakhir digunakan untuk pulang berhari raya ke kampung kerana tiada jaminan keselamatan dalam penggunaannya.
“Orang ramai perlu membuat perancangan awal sebelum pulang ke kampung dan cuba mengelak daripada memilih motosikal untuk pulang berhari raya kerana risikonya amat tinggi,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Statistik nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes kemalangan yang direkodkan.
Sehubungan itu, kerajaan mengumumkan cadangan membina lorong khas motosikal di jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Menurut Radin Umar, orang ramai perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke kampung dengan menentukan jenis kenderaan yang akan dinaiki.
“Pada musim perayaan, jumlah kenderaan akan bertambah tiga kali ganda daripada hari biasa, ia merupakan faktor utama berlakunya kesesakan jalan raya dan menyebabkan kemalangan.
“Berdasarkan kajian Miros, kenderaan yang paling selamat untuk dinaiki ialah kapal terbang diikuti dengan kereta api, bas, kereta dan pilihan terakhir ialah motosikal,’’ jelasnya.
Beliau berkata, dengan adanya perancangan awal, perjalanan pulang ke kampung akan lebih selamat dan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut pada musim perayaan.
“Perlu diingat, perjalanan pulang ke kampung yang jauh dan menggunakan jalan yang tidak kerap dilalui, memerlukan kecekapan serta tumpuan pemandu,’’ jelasnya. - Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA (utusan)
Isnin, Oktober 08, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Miros: Menunggang motosikal paling bahaya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "