2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 5:48 AM

3Rabu,Oktober

Mewujudkan Tabung Kecemasan Anda

Oleh Rosliwaty Ramly (bernama)

KUALA LUMPUR, - Menabung untuk tabung kecemasan adalah sesuatu yang kita semua perlu belajar.

Krisis, tidak kira dalam apa jua bentuk, akan menyebabkan seseorang bergegas mencari wang untuk memenuhi tuntutan hidup.

Jika anda menganggap kebarangkalian krisis berlaku pada diri anda adalah sama tipis seperti kejadian tsunami berlaku di Malaysia, cuba fikirkan syarikat menghentikan pekerja, berlaku kemalangan jalan raya atau penyakit dan kecederaan kekal, yang boleh berlaku kepada sesiapa dan pada bila-bila masa.

Jadi, apakah cara mewujudkan sebuah tabung untuk meringankan penderitaan tatkala dirundung malang?

Selain bersedia dengan wang tunai, satu tabung kecemasan juga akan membantu mengelakkan penggunaan kad kredit yang mengenakan kadar faedah tahunan setinggi 18 peratus dan seterusnya menyebabkan anda terjeremus dalam perangkap hutang.

Dalam hal ini, Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) menyenaraikan beberapa perkara untuk dipertimbangkan seperti yang digariskan dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi.

BERAPA BANYAK PERLU BAGI TABUNG KECEMASAN?

Menurut pakar kewangan, tabung itu harus mampu menampung kos hidup antara tiga dan enam bulan. Jadi, ia harus dapat membantu anda membayar pinjaman perumahan atau sewa, bil utiliti, wang untuk beli makanan dan bayar ansuran kereta untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Bagi pasangan yang mempunyai anak, adalah wajar untuk menyediakan tabung kecemasan yang mampu bertahan sehingga enam bulan. Alasannya ialah untuk menghadapi kos luar jangkaan yang mungkin timbul.

Faktor-faktor lain yang anda perlu pertimbangkan sebelum memutuskan berapa banyak untuk menabung bagi dana kecemasan ialah:

- perlindungan insurans;

- kemungkinan sukar mencari pekerjaan baru memandangkan kelayakan dan pengalaman anda terhad;

- dan faktor inflasi.

Dan jika tiada pampasan insurans sebagai ganti kepada gaji bulanan sekiranya seseorang itu hilang upaya kekal, maka menyimpan lebih daripada jumlah minimum dalam dana kecemasan adalah satu idea yang baik.

Malah jika sukar untuk mencari pekerjaan lain, maka sebuah tabung yang lebih besar diperlukan untuk anda bergantung harap.

Akhirnya, faktor inflasi mesti dipertimbangkan. Misalnya, pada satu kadar tiga peratus, nilai sebenar simpanan RM18,000 hari ini hanya RM11,400 selepas 15 tahun.

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN SATU TABUNG KECEMASAN?

Tetapi bagaimana untuk menabung bagi satu tabung kecemasan. Katakan gaji bulanan anda ialah RM3,000, buku panduan mengenai kewangan peribadi itu menasihatkan anda perlu menyimpan 10 peratus daripada jumlah itu atau RM300 setiap bulan.

Jadi jika anda mahu memulakan sebuah tabung kecemasan yang nilainya adalah gaji enam bulan anda (RM18,000) anda memerlukan lebih kurang 60 bulan atau lima tahun untuk memenuhi objektif itu. Bagaimanapun, jumlah yang ditabung bergantung kepada kedudukan semasa dan masa depan prospek penggajian anda.

DI MANA UNTUK MENABUNG?

Sementara menabung dalam bank adalah pilihan lazim, mari kita pertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan akaun mana dan sedikit sebanyak mengenai, bank atau institusi kewangan mana untuk menabung wang.

Berikut ialah faktor-faktornya:

Kecairan
Kecairan bermaksud berapa cepat anda boleh menukar aset anda kepada tunai. Memandangkan ia adalah tabung kecemasan, seseorang perlu memastikan wang itu boleh sampai ke tangan dengan mudah apabila perlu.

Oleh itu, melabur wang tabung itu dalam hartanah bukan langkah yang bijak kerana ia bukan aset cair dan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk dijual.

Risiko rendah
Membeli saham menggunakan wang daripada tabung kecemasan juga bukan idea yang baik walaupun ia lebih cair berbanding hartanah.

Ini kerana hakikat saham-saham pada amnya membawa risiko dan boleh menyebabkan kerugian jika terpaksa menjualnya semasa keadaan pasaran lembap.

Wang sepatutnya mudah sampai ke tangan anda tetapi mesti cukup berdisiplin bagi menahan godaan untuk menggunakan wang itu.

Jika anda jenis yang mempunyai masalah menguruskan tunai dalam tangan, maka adalah lebih baik mendeposit wang itu dalam bank.

Bukan seperti menyimpannya dalam peti besi, anda tidak mudah terdorong mengeluarkan wang itu. Lebih baik, elakkan daripada membawa kad ATM dalam dompet anda.

Selain daripada akaun simpanan dan semasa, anda juga mempunyai pilihan untuk menabung dalam akaun simpanan tetap (FD). Bagaimanapun, bayaran tertentu dikenakan jika wang dikeluarkan sebelum tarikh matang. Ketahuilah terlebih dahulu caj dan bayaran perkhidmatan yang terbabit.

ASB atau Amanah Saham Bumiputra merupakan satu lagi pilihan untuk menabung. Selain daripada menabung, ASB berisiko rendah dan menjanjikan pulangan lumayan. Ia membantu memperkayakan tabung kecemasan menjana lebih banyak wang.

Kadar Faedah
Wang yang ditabung bersama institusi kewangan akan menerima faedah. Bank mempunyai kadar berbeza bagi setiap kategori deposit - simpanan, semasa dan simpanan tetap. Daripada tiga ini, simpanan menawarkan faedah terendah dan FD yang tertinggi.

Adalah lebih baik anda menyimpan wang dalam satu akaun yang menawarkan kadar faedah tertinggi.

Lebih penting, untuk memupuk tabiat menabung, pilih potongan automatik daripada gaji bulanan dan pilih sebuah bank yang mengatur khidmat itu secara percuma.

Kesimpulannya, tabung kecemasan adalah penting dalam membantu anda meneruskan kehidupan tatkala krisis. Adalah baik untuk memulakan tabung ini pada kadar segera. Ia demi kebaikan anda dan kebaikan mereka yang anda sayangi.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 03, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog