5 Ogos, 2003: Malaysia menandatangani kontrak untuk memperoleh 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dari Russia melalui pakej bernilai kira-kira US$900 juta. Pesawat itu akan diserahkan secara berperingkat antara Jun 2006 dan akhir 2007. Pembayaran bagi pesawat itu akan dibuat sehingga 2009. Sebagai balasan, Russia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama Malaysia.
Oktober 2003: Lebih 11,000 pemohon berdaftar secara online untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia, yang antara kriterianya ialah berumur lebih 21 tahun dan pemegang ijazah atau juruterbang profesional.
27 Ogos - 3 Sept 2005: 894 calon disenarai pendek, tetapi hanya 435 orang mengambil bahagian dalam ujian kecergasan yang bermula dengan larian sejauh 3.5km yang perlu ditamatkan dalam masa 20 minit. 199 berjaya melakukannya. Daripada angka itu, 194 menjalani pemeriksaan asas kesihatan berdasarkan Kriteria Program Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) di mana 59 orang lulus.
25 - 30 Sept 2005: Ujian perubatan berkaitan angkasa termasuk pemeriksaan darah, hidung dan telinga, sinaran X, dan ujian elektrokardiogram (ECG). 59 diuji, 27 lulus.
16 - 21 Jan 2006: Ujian perubatan kedua, termasuk tulang, saluran udara dan ujian `centrifuge'. 27 diuji, 18 lulus.
16 - 24 Jan 2006: Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam larian 3.5km dan ujian perubatan kedua, serta psikiatri, psikologi, survival di daratan dan laut dan kompetensi teknikal. 10 diuji, 8 lulus.
25 - 26 Jan 2006: Pemeriksaan perubatan (termasuk imbasan CT Scan, endoskopi dan analisis darah). 10 diuji, 8 lulus.
9 Feb 2006: Lapan calon yang layak menjalani Temuduga Panel Pemilihan di Hotel Shangri-La, Putrajaya. Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam semua acara meliputi semua aspek dalam kepakaran komunikasi, tingkah laku, kesediaan dan keazaman.
Empat dipilih untuk dihantar ke Moscow bagi pemeriksaan perubatan selanjutnya:
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 34, Pakar Bedah Ortopedik, Vanajah Siva, 35, Jurutera Kanan Kualiti, Kapt Dr Faiz Khaleed, 26, Doktor Gigi Angkatan Tentera dan Mohammed Faiz Kamaludin, 34, juruterbang Malaysia Airlines.
Mac 2006: Keempat-emapt calon menjalani pemeriksaan perubatan di Russia termasuk neurologi (otak) dan penyesuaian badan dalam persekitaran mikrograviti.
4 Sept 2006: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua calon angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz.
Sept 2006-Sept 2007: Kedua-dua calon berlepas ke Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin di Star City, Moscow dan kemudiannya ke NASA di Houston, Texas untuk latihan. Seorang daripada mereka akan dipilih untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) manakala seorang lagi sebagai simpanan.
24 Sept 2007: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz lulus ujian sebagai angkasawan.
9 Okt 2007: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis mengumumkan di Baikonur bahawa Dr Sheikh Muszaphar ialah angkasawan pertama Malaysia yang akan berlepas ke stesen angkasa antarabangsa dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
10 Okt 2007: Angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar bersama-sama dengan angkasawan dari Russia dan Amerika akan berlepas ke ISS dari pusat angkasa Baikonur, Russia di Kazakhstan. - BERNAMA
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Oktober 10, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kronologi Pemilihan Angkasawan Pertama Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "