/

Amaran Keras Polis Ekoran Gambar Autopsi Nurin Disiar Dalam Internet

KUALA LUMPUR, 9 Okt, - Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa, memberitahu Bernama: "Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.

"Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah," katanya.

"Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu," kata Khalid.

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.

Pada 17 Sept, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.

Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin. - BERNAMA



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 10, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog