2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 31 Mac 2025   
@ 2 Syawal 1446H / 3:10 PM

6Sabtu,Oktober

Jenayah seks kanak-kanak tinggi

Oleh Abdul Halim Yusoff (berita Harian)

KUALA LUMPUR: Kejadian rogol membabitkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sedang menunjukkan arah aliran peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan Melayu adalah yang paling ramai menjadi mangsa dalam tempoh itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata pada 2005, jumlah kes yang dicatatkan ialah 1,274 dan meningkat kepada 1,708 pada 2006, sementara dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, 1,327 kes sudah dicatatkan.

Wan berkata, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes rogol membabitkan mangsa kanak-kanak paling ramai iaitu 240 kes, diikuti Johor dengan 223 kes.

Sejak tiga tahun lalu, kanak-kanak Melayu paling ramai menjadi mangsa yang mana daripada keseluruhan 1,327 kes yang dicatatkan dalam tujuh bulan pertama tahun ini, 1,056 ialah Melayu, diikuti Cina (95), India (56) dan lain-lain (120),” katanya dalam satu taklimat mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di sini, semalam.

Mengikut pecahan umur, Wan berkata, sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak berumur antara 13-15 tahun, yang mana pada 2005 sebanyak 743 kes dicatatkan, 2006 (1,065) dan tujuh bulan pertama 2007 (818).

Namun, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berumur bawah 18 tahun semakin menunjukkan penurunan daripada 269 pada 2006 kepada hanya 26 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Bagi kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak, sebanyak 189 kes dicatatkan pada 2005, 141 kes pada 2006 dan 116 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Kanak-kanak berumur antara satu hingga tujuh tahun adalah kumpulan umur tertinggi yang menjadi mangsa penderaan iaitu 129 pada 2005; 65 pada 2006 dan 40 kes dalam tujuh bulan pertama tahun ini,” katanya sambil menambah sebahagian besar kes penderaan terhadap kanak-kanak membabitkan mangsa lelaki.

Katanya, majoriti pendera terdiri daripada bapa dan ibu, diikuti penjaga atau pengasuh serta bapa atau ibu tiri dan keluarga angkat. Sebahagian besar penderaan berlaku tanpa sebab yang diketahui diikuti degil dan tidak ikut cakap.

Sementara itu, bagi kes rogol membabitkan wanita berusia lebih 18 tahun, sebanyak 657 kes dicatatkan pada 2005, 720 pada 2006 dan 493 pada 2007.

Bagi kes keganasan rumah tangga, sebanyak 2,089 kes dicatatkan dalam tempoh Januari-Julai 2007 berbanding 3,264 pada 2006 dan 3,093 pada 2005. Majoriti mangsa keganasan rumah tangga ialah berumur antara 26-35 tahun apabila 1,073 kes dicatatkan pada 2005; 1,158 pada 2006 dan 689 pada tujuh bulan pertama tahun ini.

Wan berkata, antara sebab utama kejadian keganasan rumah tangga ialah selisih faham, peribadi, masalah wang, mabuk, cemburu, curang, masalah anak dan dadah.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, 1,022 kes keganasan rumah tangga adalah dikaitkan dengan masalah salah faham, peribadi (453) dan masalah wang (165),” katanya sambil menambah hampir 60 peratus suspek keganasan rumah tangga ialah suami mangsa.

Bagaimanapun, kes penderaan luar tabii menunjukkan penurunan daripada 68 pada 2005 kepada 56 pada 2006 dan 38 dalam tempoh tujuh bulan 2007.

Katanya, bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 973 kes dicatatkan pada 2005, 1,096 pada 2006 dan 733 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Selangor ialah negeri tertinggi mencatatkan kes cabul kehormatan iaitu 210 pada 2005, 208 pada 2006 dan 156 dalam tempoh Januari-Julai 2007.

Wan berkata, suspek kes rogol dan cabul kehormatan turut membabitkan warga asing yang mana masing-masing berjumlah 38 dan 94 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, yang mana majoriti suspek datang dari Indonesia iaitu masing-masing sembilan dan 30 kes pada tahun ini.




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Oktober 06, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog