2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 16 April 2025   
@ 18 Syawal 1446H / 6:01 PM

8Isnin,Oktober

Coli khas kesan barah payu dara

WASHINGTON: Coli, yang selama ini digunakan untuk menyokong dan memberi keselesaan payu dara, tidak lama lagi turut menawarkan faedah kesihatan, kerana saintis di Universiti Bolton bertungkus lumus menghasilkan coli yang dapat mengesan sama ada si pemakai menderita barah payu dara peringkat awal.

Pakar yang menghasilkan coli 'bijak' itu berkata, ia mampu mengesan barah sebelum tumor dapat berkembang dan merebak.

Pencipta coli berkenaan, Profesor Elias Siores, yang bertugas di Pusat Penyelidikan dan Inovatif di Universiti Bolton, mendakwa pakaian dalam itu juga mampu menilai keberkesanan sebarang rawatan barah payu dara yang dijalani pemakai.

"Ia dapat memancarkan dua amaran, secara audio atau visual atau kedua-duanya. Jika amaran muncul, anda akan pergi berjumpa pakar," Discovery News memetik Siores sebagai berkata.

Coli bijak itu berfungsi dengan menggunakan sistem antena gelombang mikro, yang mudah dianyam menjadi fabrik.

Antena pula akan mengesan sebarang perubatan suhu tidak normal dalam tisu payu dara, yang berkaitan dengan sel barah payu dara.

Polimer dalam fabrik akan menghantar isyarat kepada cip kecil komputer yang akan menyaring maklumat.

Program komputer khas akan menilai maklumat dan memberi amaran jika keadaan menunjukkan kemungkinan kehadiran sel barah.

Siores berkata, cara berkesan menggunakan coli ialah dengan memakainya ketika disambungkan dengan bekalan elektrik selama beberapa minit ketika proses diagnos.

"Ini benar-benar satu idea inovatif untuk menggunakan bahan elektronik maju untuk mengesan barah payu dara," kata Brian McCarthy, pengarah TechniTex Faraday di Britain, syarikat persendirian yang mempromosikan pembangunan saintifik.

Pakaian dalam itu akan dikeluarkan dalam masa dua tahun lagi.

Minggu lalu, satu laporan lain mendakwa wanita yang mengalami tekanan di tempat kerja didakwa berisiko sehingga 30 peratus menghidap barah payu dara. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog