Oleh ANDREW SAGAYAM (mSTAR Online)
KUALA LUMPUR: Lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya penduduk tempatan, diedarkan oleh polis bagi siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
"Kedua-duanya boleh membantu siasatan kes ini," katanya di Bukit Aman hari ini.
Mengenai lakaran wanita pula [foto bawah], Wan berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu.
"Dia kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin yang ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya pada 17 Sept. Wanita ini muncul tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin," katanya.
Beliau menggesa mereka yang pernah melihat seseorang yang kelihatan seperti lakaran ini di kawasan tersebut dan membawa beg biru antara 16 Sept dan 17 Sept agar segera menghubungi polis.
Ditanya kemungkinan pembabitan sindiket pornografi kanak-kanak di belakang pembunuhan itu, Wan berkata polis menyiasat semua sudut. Beliau menambah, polis percaya penjenayah yang dikehendaki ada kaitan dengan kes-kes pencabulan di Kampung Baru kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Sejak Jun lalu, penjenayah kes cabul Kampung Baru dikehendaki polis bagi kejadian rogol dua kanak-kanak, masing-masing berusia lima dan enam tahun.Dengan menjanjikan mangsa hadiah ais krim jika kanak-kanak itu bersedia membantu mencari kucing yang hilang, suspek melarikan mangsa dengan motosikalnya.
Mangsa kemudian dicabul, antaranya dengan memasukkan terung ke dalam kemaluan mangsa sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian. Wan juga mengesahkan empat lelaki yang diberkas di Shah Alam pada Khamis lepas berhubung siasatan kes Nurin Jazlin telah dibebaskan jam 4 petang semalam.
Beliau enggan mengulas sebab keempat-empat lelaki berusia 27 hingga 35 tahun itu dibebaskan walaupun tempoh reman mereka selama seminggu tamat pada Khamis ini. "Polis sedang menunggu ujian DNA mereka tetapi polis membebaskan mereka berdasarkan bukti-bukti lain," katanya.
Wan berkata sekarang hanya wanita, berusia 23 tahun, warga Indonesia yang diberkas Sabtu lalu masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan. Wanita itu diberkas di sebuah gerai makan di Nilai, kira-kira 15km dari kawasan rehat Seremban, tempat seorang kanak-kanak perempuan yang menyerupai Nurin Jazlin dilaporkan kelihatan di situ pada 5 Sept."(Wanita Indonesia) itu sedang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) supaya doktor dapat mengambil kad SIM (modul pengenalan pelanggan) yang ditelannya ketika dia dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman," katanya. Wan enggan mendedahkan bagaimana wanita itu, seorang pendatang tanpa izin, dikaitkan dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin.
Wanita itu dipercayai mengirim beberapa mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada polis, dengan mendakwa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya, beberapa hari selepas kanak-kanak itu hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju. Nurin Jazlin, seorang murid Tahun Dua di Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, hilang pada 20 Ogos sewaktu bersendirian ke pasar malam tidak jauh dari rumahnya.
Mayatnya yang cedera teruk ditemui di dalam sebuah beg sukan di Jalan PJS1/48 di Petaling Jaya.Bedah siasat menunjukkan mangsa telah mengalami penderaan seksual dengan timun dan terung.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Oktober 03, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bunuh Nurin: Lakaran dua suspek diedar silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "