/

Militan guna layang-layang rosak helikopter tentera

MANILA: Kumpulan militan dan penyokong mereka disyaki menggunakan layang-layang bagi menjatuhkan helikopter, sekali gus menghalang penggunaan pesawat itu bagi serangan udara terhadap kubu mereka.

Sebuah helikopter UH-1 atau Huey mengalami masalah ketika melakukan penerbangan pada waktu malam di pulau selatan, Jolo selepas tali layang-layang bersimpul pada kipasnya, kata Panglima Tentera Udara Filipina, Lt Jen Horacio Tolentino semalam.

Juruterbang helikopter itu menyedari gegaran luar biasa pada pesawat berkenaan tetapi mampu mendaratkannya dengan selamat di kem tentera di Jolo.

Seorang pegawai tentera udara memberi tahu Associated Press tali layang-layang itu berkemungkinan bersimpul dengan helikopter era perang Vietnam itu di kawasan hutan yang tidak ada penduduk.

"Adalah mustahil orang awam bermain layang-layang di kawasan hutan tebal itu," kata pegawai berkenaan yang berkata pesawat itu digunakan untuk membawa askar yang cedera dalam pertempuran dengan pemberontak.

Beberapa layang-layang dipercayai diterbangkan berhampiran kubu pemberontak dan diikat pada pokok bagi mengelak serangan udara terhadap kubu itu pada waktu malam.

"Mereka mempunyai niat untuk menjatuhkan helikopter kami," kata Tolentino.

Selepas insiden itu, Tolentino mengarahkan juruterbang helikopter membuat penerbangan 'mengelak' untuk melindungi pesawat itu daripada layang-layang ketika berlepas dan mendarat di pulau Jolo.

Permainan layang-layang adalah popular di Jolo, kawasan yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam. Bagaimanapun, jarang sekali layang-layang diterbangkan pada malam hari.

Dalam satu kejadian di pulau Cebu Mei lalu, layang-layang didapati menjadi punca sebuah Huey terhempas di tengah jalan sesak dekat pangkalan udara, membunuh sembilan orang, tujuh daripada mereka di darat.

Penyiasat berkata tali nilon layang-layang itu tersimpul pada kipas utama pesawat buatan Amerika Syarikat itu menyebabkan juruterbangnya hilang kawalan. - AP



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, September 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog