/

Bangunan pencakar langit tidak tumbang – Pakar

KUALA LUMPUR 17 Sept.Bangunan-bangunan pencakar langit di negara ini tidak akan tumbang walaupun bahagian dasarnya tidak direka untuk menahan gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di kepulauan Indonesia.

Pakar geologi, Profesor Dr. Abdul Ghani Rafek yang pernah terlibat dalam kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) bangunan tinggi di ibu kota berkata, gegaran pada bangunan itu bergantung kepada kekuatan kejadian gempa bumi tersebut yang berpunca daripada tenaga di bawah tanah akibat pergerakan kerak bumi.

Justeru, Pensyarah Geologi Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berpendapat, penghuni bangunan kediaman tinggi dan komersial tidak perlu bimbang kerana kestabilan bentuk muka bumi negara ini mengurangkan risiko ditimpa bencana alam tersebut.

Ketika ditanya kemungkinan Malaysia dilanda gempa bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang, katanya, perubahan bentuk muka bumi tidak akan berlaku dalam tempoh sesingkat itu kerana ia mengambil masa jutaan tahun.

Secara ringkasnya, saya boleh katakan, kita masih selamat daripada gempa bumi walaupun jarak Kuala Lumpur dengan Sumatera agak dekat sekitar 350 kilometer sahaja,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut mengutarakan pendapatnya mengenai kesan minimum gempa terhadap struktur binaan sensitif seperti jambatan panjang, empangan hidroelektrik dan bangunan yang terlalu tinggi.

Abdul Ghani menjelaskan, beliau percaya kerajaan sudah mengambil kira kesan minimum terhadap struktur tersebut kerana gegaran yang kecil sekalipun dikhuatiri boleh memberi kesan kepada binaan berkenaan.

Beliau mengulas kekhuatiran pelbagai pihak mengenai tahap ketahanan bangunan tinggi di negara ini selepas siri gempa bumi yang berlaku di Sumatera.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani memberitahu, kejadian gempa bumi pada ukuran 8.4 skala Richter itu cukup kuat untuk meranapkan bangunan di Sumatera tetapi ia tidak di Malaysia. - Utusan



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, September 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog