SALEM (Chennai), 19 Ogos (Bernama) - Ratu purba Mesir Cleopatra bukanlah satu-satunya wanita yang mandi dengan susu keldai bagi mengekalkan kulitnya agar sentiasa muda dan halus.
Malah wanita di India menggunakan susu keldai, yang dikatakan mengandungi anti penuaan dan pembentukan semula kulit, bagi menjadikan mereka sentiasa muda.
Di selatan bandar Salem, lebih ramai wanita bertukar kepada susu keldai, dan permintaan terhadap susu itu yang terlalu banyak kini menyebabkan pembekal mendapati sukar untuk memenuhi permintaan terhadap produk itu.
Selain membantu kulit menjadi licin dan lembut, wanita di Gurusamypalayam, percaya susu keldai mempunyai nilai perubatan yang boleh menyembuhkan keputihan atau leukorrhea.
K. Anjali, 52, yang keluarganya memiliki perniagaan susu keldai sejak berdekad lepas di kampung itu, berkata sebelum ini 50 mililiter susu itu berharga 10 rupees (RM1) tetapi baru-barunya harganya melonjak kepada 200 rupees (RM20), dan permintaannya tetap tidak berkurangan.
"Pembekal susu dari luar kini berkumpul di kampung kami untuk mendapatkan lebih banyak bekalan tetapi masih tidak mencukupi.
"Wanita di sini percaya jika mereka mandi dalam susu keldai, ia akan menjadikan kulit mereka cantik dan menyembuhkan senggugut.
"Mereka berlumba-lumba untuk membeli susu yang baru diperah, malah menyusukan bayi mereka dengan kepercayaan ia boleh menyembuhkan kegagapan di kalangan kanak-kanak," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata keldai di sini kini diberi makanan ternak untuk menghasilkan susu yang lebih lemak.
Susu keldai sentiasa dianggap sebagai minuman kesihatan yang baik dan sesetengah penyelidik berkata ia boleh meningkatkan sistem imuniti dalam badan manusia dan merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/Aids.
Susu itu dikatakan kaya dengan Vitamin C dan mengandungi Vitamin A, D, dan E - menjadikannya minuman kesihatan yang dicari termasuk di barat.
Isnin, Ogos 20, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Susu Keldai Untuk Kekal Cantik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "