NEW YORK: Bilangan penghidap tekanan darah tinggi di seluruh dunia diramal meningkat lebih 1.5 bilion dalam tempoh 20 tahun lagi.
Akhbar Guardian melaporkan semalam, kajian penyelidik Universiti Columbia, New York, disiarkan edisi terbaru jurnal perubatan Lancet, memberi amaran, penduduk di negara maju mempunyai risiko sehingga 90 peratus sepanjang hayat mereka untuk menghidap darah tinggi.
Bagaimanapun, ancaman penyakit yang boleh membawa maut itu juga dikatakan turut menular ke negara baru kuasa ekonomi seperti China dan India.
“Pada 2000 dianggarkan 972 dewasa menghidap darah tinggi di seluruh dunia. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 1.56 bilion menjelang 2027.
“Faktor gaya hidup seperti kurang melakukan kegiatan fizikal atau bersenam, pemakanan yang kaya garam dan berlemak, merokok dan minum arak adalah antara punca utama masalah itu yang meningkat pada tahap membimbangkan.
“Lebih membimbangkan, ‘penyakit’ dibawa negara maju itu turut menular ke negara baru kuasa ekonomi dunia seperti India dan China,” kata lidah pengarang majalah perubatan berkenaan sempena keluaran khasnya mengenai Kardiologi, minggu ini.
Rencana itu menyusuli satu seminar mengenai tekanan darah tinggi yang membentangkan kajian penyelidik Amerika Syarikat diketuai Dr Franz Messerli, pakar Unit Kardiologi Pusat Perubatan St Luke-Roosevelt, Universiti Columbia di New York.
“Di sebalik rawatan berkesan dan kaedah pencegahan yang dapat menjimatkan wang, apa yang dikesali, sasaran merendahkan tekanan darah itu amat jarang dicapai, termasuk di negara yang masalah seperti kos perubatan bukanlah isu utama.”
Selain menyebabkan risiko bahaya, tekanan darah tinggi turut menjadi faktor pencetus penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kegagalan buah pinggang.
Ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti obesiti, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi. Rencana itu turut membangkitkan kebimbangan mengenai persepsi salah kebanyakan orang yang menganggap penyakit darah tinggi boleh diubati.
“Ramai pesakit berpendapat tekanan darah tinggi boleh diubati dan tekanan darah direndahkan dengan cara pengambilan ubat-ubatan.”
“Mesej yang ingin disampaikan menerusi amaran itu ialah supaya pakar perubatan menyampaikan mesej bahawa tekanan darah tinggi adalah petanda masalah lebih besar. Hampir keseluruhan organ penting badan menjadi sasaran serangan penyakit itu dan perlu diberi perhatian penting,” kata Isabel Lee, jurucakap Persatuan Angin Ahmar Britain. – Agensi
Isnin, Ogos 20, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lebih 1.5 bilion hidap darah tinggi pada 2027 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "