2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pencetak komputer boleh rosak paru-paru

Partikel dakwat daripada katrij beri kesan bahaya sama seperti rokok

CANBERRA: Pencetak komputer yang sering kelihatan di pejabat didapati mendatangkan bahaya yang sama seperti merokok, kata saintis Australia.

Siasatan ke atas 62 pencetak laser mendedahkan bahawa 17 daripadanya – hampir 30 peratus – menyebarkan jumlah tinggi partikel dakwat ke udara dalam masa seminit.

Profesor Lidia Morawska dari Universiti Teknologi Queensland yang mengetuai penyelidikan berkata: “Partikel paling halus ditakuti kerana ia boleh meresap masuk jauh ke dalam paru-paru yang boleh mengancam kesihatan.”

Partikel pencetak halus, seperti partikel asap rokok dan apabila berada di dalam paru-paru memberikan kesan kerosakan sama.

Masalah kesihatan akibat menyedut partikel halus bergantung kepada kandungan partikel itu tetapi akibatnya daripada gangguan pernafasan kepada penyakit lebih serius seperti masalah kardiovaskular atau barah.”

Kajian itu, yang dilakukan di pejabat terbuka yang besar di tengah Brisbane, menunjukkan partikel meningkat lima kali ganda ketika waktu kerja.

Pelepasan paling buruk apabila katrij baru digunakan, dan apabila grafik serta imej yang memerlukan kuantiti tinggi dakwat dicetak.

Penyelidikan, yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Kimia Amerika, Environmental Science and Technology, mengenal pasti jenama dan model yang memberikan pelepasan paling tinggi dan menggesa sebahagian mesin itu disertakan amaran kesihatan.

Ia mencadangkan majikan memastikan pencetak diletakkan di kawasan dengan sistem pengaliran udara yang baik, dan mahu kajian lanjut mengenai kandungan kimia sebenar dalam partikel itu.

Kerajaan mengatur tahap pelepasan daripada peralatan luar seperti kenderaan, stesen elektrik dan kilang, jadi mengapa tidak pencetak,” katanya.

Dalam pejabat yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik, kandungan tinggi partikel boleh ‘bertahan sepanjang hari’ dan meletakkan risiko kesihatan ‘agak tinggi’ bagi pekerja ‘yang duduk di dalam pejabat seperti itu selama berhari-hari dan berbulan-bulan.

Profesor Morawska berkata, pasukannya menyedari perkara itu ketika mengkaji bagaimana baiknya sistem pengaliran udara melindungi pekerja pejabat daripada pencemaran jalan raya yang sibuk di luar.

“Kami tidak menjangka menemui apa-apa daripada sumber dalaman tetapi tidak lama kemudian menyedari sumber pencemaran dalaman jauh lebih tinggi daripada sumber luaran,” katanya. – Agensi
try , Khamis, Ogos 02, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog