/

Ketahui Kenderaan Anda Dan Cara Pemanduan Berhemat

Oleh Soraya Jamal (Bernama)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Kereta kini satu keperluan dalam kehidupan kita dan rakyat Malaysia khasnya diketahui meminati kereta.

Bilangan kereta yang berada di atas jalan raya meningkat setiap tahun, demikian juga dengan bilangan kemalangan jalan raya dan kematian.

Tahun lepas sahaja sebanyak 490,768 kenderaan baru, yang terdiri daripada kenderaan penumpang, komersil dan pacuan empat roda, didaftarkan dan setakat Mac lepas 104,950 kenderaan baru didaftarkan.

Dengan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya, secara tidak langsung bererti semakin tinggi lagi kebarangkalian kecelakaan jalan raya untuk berlaku.

Menurut Persatuan Automobil Malaysia (AAM), rekod polis trafik menunjukkan secara purata 16.5 nyawa melayang sehari kerana kecelakaan jalan raya.

Namun, kemalangan maut yang seringkali menghiasi dada-dada akhbar ini berlaku bukan saja kerana sikap cuai dan kurang sabar pemandu tetapi juga kerana kurangnya pemahaman terhadap kenderaan.

MENTALITI TEKNOLOGI 80-AN

Kebanyakan pemandu Malaysia masih mempunyai mentaliti teknologi era 80-an yang banyak menggunakan sistem mekanikal berbanding sistem automatik sekarang ini, kata Samsudin Mohamad Fauzi.

Samsudin, 31, yang lebih dikenali sebagai "Mekanik Sigap" dalam kolum automotif sebuah akhbar tempatan telah lebih 15 tahun berkecimpung dalam industri automotif.

Berdasarkan pengalamannya, beliau berpendapat ramai pengguna kereta tidak memandu dengan betul kerana kurang memahami kereta mereka dan ini seterusnya membahayakan keselamatan pemandu dan mereka yang lain di atas jalan raya.

"Kita ambil laporan akhbar yang menyebut kemalangan berlaku kerana kenderaan terbabas. Kita tidak tahu bagaimana ia berlaku, walaupun ia lazimnya kerana pemanduan laju, kerana negara kita belum ada forensik automotif tetapi yang pasti kita boleh belajar mengawal kereta," kata Samsudin kepada Bernama.

Tambahnya lagi perkara seperti keselamatan tayar dan penggunaan gear merupakan perkara asas yang perlu diketahui pemandu tetapi ramai yang bukan saja tidak tahu malah melakukan sesuatu yang bertentangan.

KESELAMATAN BERMULA DARIPADA TAYAR

* Setiap tayar ada tanda amaran keselamatan untuk tahap haus tayar dan sebagainya tapi kebanyakan pemandu Malaysia akan menunggu sampai tayar habis haus ataupun `botak' sebelum diganti.

* Setiap tayar yang dihasilkan akan dicetak tarikh pembuatan, indeks kelajuan serta indeks berat yang mampu ditanggung. Apabila tanda haus tayar menyentuh saja petunjuk amaran, ia perlu ditukar.

* Ramai pengguna, apabila keempat-empat tayar mereka `botak', mereka hanya mampu menggantikan dua buah sahaja dahulu dan biasanya kedua-dua tayar hadapan.

* "Ini salah sebenarnya. Tayar depan masih mampu kita kawal dengan menggunakan stering. Tapi kalau tayar belakang `membuang' apa yang kita nak buat? "Bayangkan bila kita melalui selekoh dan tayar belakang tergelincir?,"

* Jangan sesekali menggunakan tayar terpakai serta tayar yang dikhaskan untuk pemanduan trek.

* Cadangkan pihak berkuasa mengharamkan penggunaan tayar terpakai serta mengadakan operasi untuk memeriksa tayar yang sudah tamat tempoh dan tidak selamat digunakan.


JIMAT BAHAN BAKAR

Memahami penggunaan kenderaan dengan betul bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa, malah ia juga menjimatkan bahan api.

* Contohnya, ramai pengguna masih tak tahu bagaimana menggunakan fungsi O/D dengan betul pada kenderaan automatik dan berpendapat ia adalah kuasa turbo.

* Penggunaan O/D yang betul mampu menjimatkan penggunaan bahan api. Biasanya apabila picu O/D pada batang gear ditekan lampu O/D akan menyala. Ini menunjukkan penukaran gear hanya berlaku hingga gear tiga.

* Keadaan sebegini sesuai untuk pemanduan kawasan bandar dan taman perumahan yang tidak melebihi 90 km sejam kerana kenderaan itu lebih ringan pemanduannya pada gear rendah.

* Prinsipnya serupa dengan penggunaan kereta manual iaitu gear rendah digunakan pada kelajuan rendah.

* Apabila mengunakan O/D, meter rpm perlu diperhatikan yang mana jika rpm melebihi 3,500 pada pemanduan yang berterusan O/D perlu dimatikan bagi mengelakkan pembaziran bahan bakar.


JANGAN TAKSUB AKSESORI

Samsudin juga menyentuh penggunaan aksesori keterlaluan yang bukan saja membazir malah boleh membahayakan.

* Penggunaan pelapik pedal brek, minyak dan klac berpermukaan besi atau saduran logam adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kaki pemandu tergelincir lalu tersekat antara celah pedal.

* Memang di trek perlumbaan, pelumba menggunakan pelapik besi ini tetapi kasut yang digunakan pelumba adalah kasut khas yang mampu mencengkam pedal berkenaan.

"Kalau ia selamat, secara logiknya pengilang sendiri akan lakukan. Kenapa pelapik brek mesti dibuat dari getah? Sebab ia bertindak sebagai anti-gelincir untuk tapak kasut kita,"

* Jangan terlalu terpukau dengan reka bentuk dan aksesori hebat sehingga membelakangkan keselamatan.


ASAS PEMANDUAN SELAMAT

Untuk perjalanan yang selamat, Samsudin berkata pemandu perlu memeriksa asas kenderaan seperti tayar, lampu dan lampu isyarat sebelum memulakan pemanduan.

* Pastikan juga tiada bunyi luar biasa pada kereta dan sekiranya terdapat sebarang masalah, rujuklah pada pusat servis yang bertauliah.

* Pemandu perlu ingat, kereta pemanduan bandar lebih tinggi penyenggaraannya daripada kereta pemanduan jauh kerana kereta pemanduan bandar lebih banyak terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan banyak lampu isyarat.

Jika kita cuma memandu 10 kilometer sahaja namun untuk sampai ke destinasi memerlukan satu jam disebabkan kesesakan, ia akan menambah beban pada enjin berbanding kereta yang menggunakan lebuh raya.

* Jangan mengambil minuman tenaga secara berlebihan kerana ia boleh menjadikan pemandu agresif dan mengakibatkan ketagihan.

"Kalau sihat, tak payah la ambil minuman tenaga, cuma dapatkan rehat yang secukupnya,"
try , Jumaat, Ogos 03, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog