Arkitek yang berpejabat di Barcelon berkata, hotel angkasa lepas itu akan menjadi antara yang paling mahal di dunia dengan kos $4 juta bagi penginapan selama tiga hari.
Sepanjang tempoh penginapan itu, pelanggan akan menikmati pemandangan matahari terbit sebanyak 15 kali sehari dan menggunakan suit Velcro untuk merangkak ke seluruh bilik pod mereka dengan hanya melekat pada dinding seperti Spiderman.
Pengarah syarikat, Xavier Claramunt berkata, hotel butik dengan tiga bilik tidur rekaan struktur moden yang akan menampakkan ia seperti model molekul menerima arahan berdasarkan setiap bilik pod dilekatkan pada roket untuk membawanya ke angkasa lepas.
“Bilik air dengan graviti sifar adalah cabaran yang terbesar. Bagaimana untuk memenuhi aktiviti peribadi di kalangan tetamu juga bukanlah mudah,” kata Claramunt.
Bagaimanapun mereka dapat mengatasi isu bagaimana untuk mandi dalam keadaan tiada berat badan, di mana tetamu akan memasuki bilik spa akan dipenuhi dengan buih air yang terapung.
Galactic Suite bermula sebagai satu hobi bagi bekas jurutera angkasa lepas, Claramunt, sehingga ia akhirnya memutuskan untuk membuatkan fantasi sains fiksyen itu sebagai satu realiti dengan memperuntukkan sejumlah AS$3 bilion (RM10.2b) yang diperlukan bagi pembinaan hotel terbabit.
Sebuah syarikat Amerika Syarikat yang berminat dengan penjajahan Marikh melihatkan Galaxy Suite sebagai langkah pertama selain pelabur peribadi dari Jepun, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu yang berminat menyertai perbincangan terbabit.
“Kami menganggarkan bahawa 40,000 orang di dunia yang mampu untuk tinggal di hotel terbabit. Sama ada mereka ingin memperuntukkan wang ke angkasa lepas, kita tidak mengetahuinya.”
Empat juta dolar mungkin terlalu banyak bagi sesuatu percutian mereka yang terbabit dalam industri pelancongan angkasa lepas berkata, pemilik hotel tidak terlalu berminat berikutan mereka berpendapat kos pelancongan angkasa lepas tidak akan turun dengan cepat.
Claramunt berkata, harga terbabit tidak hanya membabitkan penginapan tiga malam di angkasa lepas. Pengunjung juga memerlukan sekurang-kurangnya lapan minggu latihan intensif di kem angkasa lepas ala James Bond di sebuah pulau tropikal. – Reuters
Ahad, Ogos 12, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Hotel pertama angkasa siap 2012 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "