Adalah amat menyedihkan setiap kali kita mendengar peristiwa yang ngeri seperti ini berlaku kepada perajurit-perajurit yang telah berjasa kepada Negara tidak kira masa, keluarga dan harta semata-mata untuk mendapat rezeki yang halal untuk keluarga yang tersayang.
Malangnya peristiwa sedemikian hanya mendapat perhatian dari orang ramai, pihak berkuasa, pegawai tertinggi, menteri, timbalan menteri dan perdana menteri apabila ianya berlaku dan akan lenyap perlahan-lahan selepas jenazahnya dikebumikan.
Isu yang akan ditimbulkan bukannya ajal maut yang telah ditakdir oleh Allah s.w.t. tetapi pilihan dan keputusan yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab yang diberi kuasa untuk mentadbir dan membuat keputusan untuk mengurangkan risiko kemalangan kepada pesawat. Sikap "TIDAK APA", "KITA NI SIAPA", "KITA TAK BOLEH BUAT APA","KITA HANYA IKUT ARAHAN" dan macam-macam lagi. Persoalannya sekiranya ianya menjadi "Trend" kepada perajurit-perajurit Negara, maka dimanakah dorongan dan semangat yang dilaung-laungkan, adakah pada hari perajurit dan kemerdekaan Negara?
Marilah kita bersama berfikir sejenak kerana berfikir sejenak itu lebih baik daripada amalan yang banyak tanpa menyedari apa yang telah dilakukan untuk dijadikan tauladan dan panduan. Kejayaan sesebuah Negara itu bukan hanya bergantung kepada kejayaan pembangunan infrastruktur Negara sahaja tetapi pembangunan mental dan akhlak yang baik dan berwawasan untuk kemajuan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara.
Sebagai rakyat Malaysia , kita telah diberi peluang untuk membuat pilihan untuk membuat keputusan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja tatapi kehidupan harian dan kerjaya. Kerjaya yang dimaksudkan adalah kerjaya yang membawa tauladan atau "Role Model" kepada orang bawahan, bermula dari keluarga, pejabat, kawasan, negeri sehinggalah kepada Negara. Lebih tinggi jawatannya maka lebih besarlah tanggungjawab yang dipikulnya malah akan dipertanggungjawab dihadapan "Robuljalil" yakni Allah s.w.t diakhirat.
Alangkah sedihnya sekira peluang yang diberi semasa hidup ini tidak digunakan sebaik mungkin untuk membuat saham-saham yang akan dibawa bersama di alam perkuburan yang pasti akan dilalui setiap manusia. Kejayaan dunia dan akhirat boleh dilaksanakan dengan cemerlang sekiranya sama-sama berganding bahu dan saling bantu membantu diantara satu sama lain tidak kira usia, darjat, bangsa dan pangkat.
Saya bersimpati apabila mendengar Timbalan Perdana Menteri memberi ucapan di dalam media elektronik dan media cetak baru-baru ini dimana beliau menyatakan bahawa "Kita tiada pilihan". Apa yang dimaksudkan disini adalah pesawat lain yang boleh digunakan selain dari NURI sebagai pesawat TUDM di dalam jangkamasa beberapa tahun akan datang kerana ianya memerlukan jumlah kewangan yang amat banyak daripada dana Negara dan bukan mudah untuk dilaksanakan dengan cepat malah perlu memandang jauh untuk membuat budget bermula dari pembelian asset, latihan yang berterusan, infrastruktur yang bersesuaian, penyelengaraan, membaik-pulih, malah logistik jangkapanjang yang akan menjadi tangunggan Negara akan datang. Untuk membuat keputusan dengan tergesa-gesa adalah tidak realistic tetapi boleh dilaksanakan secara berperingkat- peringkat melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta yang berkempampuan dari segi kewangan dan pengendalian pesawat disebut di atas untuk jangkamasa panjang berpandu kepada kebaikan bersama atau "win-win situation".
Setelah panjang lebar menyatakan isu kemalangan, sikap, kerjasama dan permasalahan kewangan Negara, maka kita masih ada pilihan iaitu bekerjasama. Bekerjasama yang paling sukar dilaksanakan adalah pembelian baru aset iaitu pesawat, latihan dan juga logistik di mana ia boleh mencecah ratusan juta ringgit.
Soalan:- Siapakah yang akan bekerjasama untuk melabur ratusan juta ringgit melalui jangkamasa panjang dengan keuntungan yang kurang lumayan untuk kepentingan negara?
Jawapan:- ADA tetapi adakah pemimpin dan pihak berkuasa bersedia untuk bekerjasama? Atau berbalik semula kepada isu sikap yang di atas?
Marilah kita bersama-sama meletakkan perasaan kita di dalam situasi keluarga yang ditimpa musibah mudah-mudahan kita akan membuat keputusan yang terbaik ........
Sekian,
From: zammycotlt (dedak0000@yahoo.com.gt)
Jumaat, Julai 20, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang PESANAN BUAT " NURI " silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "