2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Padah amal diet Barat

Wanita Asia hadapi risiko kena barah payu dara serius: Kajian

WASHINGTON: Wanita China selepas menopaus yang mengikut diet ala-Barat dengan makan daging dan manisan berlebihan berdepan risiko tinggi mendapat kanser payu dara berbanding pemakanan tradisional iaitu sayur dan soya, menurut satu kajian.

Kira-kira 3,000 wanita di Shanghai menghidap barah, separuh daripada mereka diserang kanser payu dara kerana cara pemakanan itu, kata penyelidik yang menulis dalam jurnal Epidemiologi Kanser, Penanda Biologi dan Pencegahan.

Wanita selepas menopaus yang memakan diet ala Barat – daging, khinzir, udang, ayam, manisan, pencuci mulut dan produk tenusu – adalah 60 peratus kemungkinan mendapat kanser payu dara berbanding mereka yang mengikut diet berasaskan sayur dan soya, kata penyelidik.

Risiko kanser mencapai tahap tertinggi dirujuk sebagai ‘reseptor estrogen tumor positif’. Wanita selepas menopaus dengan diet ala-Barat mengalami 90 peratus peningkatan risiko kanser payu dara jenis ini.

Seorang penyelidik, Marilyn Tsen dari Pusat Kanser Fox Chase di Philadelphia, berkata kajian itu mengesan peningkatan kanser payu dara lebih kecil di kalangan wanita muda dengan diet ala-Barat yang tidak ketara secara statistiknya.

Tsen berkata, kadar kanser payu dara di kalangan wanita Asia secara tradisinya rendah tetapi meningkat beberapa tahun kebelakangan ini. Sesetengah pakar mengesyaki amalan diet Barat secara berlebihan mungkin punca dalam sebahagian kes.

Peningkatan dalam risiko benar-benar wujud disebabkan peningkatan dalam pengambilan daging merah,” katanya dalam temu bual menerusi telefon.

“Tetapi, kami tidak membuat analisis spesifik untuk melihat jika ia disebabkan bahagian lain dalam diet Barat seperti pengambilan tinggi pencuci mulut atau tenusu.

Penemuan itu juga mencadangkan diet seperti itu mungkin meningkatkan kanser payu dara dengan meningkatnya obesiti, kata penyelidik.

Kami kumpulan pertama menemui bukti peningkatan risiko kanser payu dara untuk corak diet ala-Barat di kalangan warga Asia,” tulis penyelidik itu.

Mereka mengesan dua corak pemakanan dalam wanita yang dikesan dengan kanser mereka dari 1996 hingga 1998 dan akan menemuramah mengenai apa yang mereka makan.

Seorang dari mereka memakan corak ‘sayuran-soya’ berasaskan tofu, kubis bunga, kekacang, taugeh dan sayuran berdaun hijau dengan tidak mengambil banyak daging manakala seorang lagi adalah corak ‘daging’ yang menggemari makanan Barat. – Reuters

try , Selasa, Julai 10, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog