Pakar memberi amaran kelmarin bahawa kegilaan terhadap makanan segera dan keengganan bersenam tidak hanya meningkatkan berat badan tetapi turut merosakkan otak.
Beratus-ratus ribu penduduk mengalami nyanyuk di Britain dan bilangan itu dijangka bertambah kepada sehingga lebih sejuta orang dalam masa 50 tahun lagi, menurut Persatuan Alzheimer.
Namun, jika penduduk terus menjadi gemuk, angka itu boleh meningkat lebih dua juta, kata Pengarah Penyelidikan kumpulan itu, Clive Ballard.
“Obesiti adalah faktor risiko besar. Golongan yang obes pada usia 60 tahun berisiko dua kali ganda mengalami nyanyuk pada usia 75 tahun. Kita berdepan dengan wabak nyanyuk berikutan penduduk berusia dan amat penting untuk mengurangkan risiko itu.
“Jika faktor itu tidak dikawal, mungkin bukan 1.5 juta tetapi 2.5 juta penduduk akan mengalaminya,” kata Ballard.
Buat masa ini, seorang dalam setiap 20 penduduk berusia lebih 65 tahun menunjukkan tanda nyanyuk, meningkat kepada satu dalam setiap lima penduduk berusia lebih 80 tahun. Peningkatan obesiti akan meningkatkan dua kali ganda kes di kalangan penduduk melebihi usia 65 tahun kepada satu dalam setiap 10 orang, katanya.
Mekanisme bagaimana obesiti menjejaskan otak masih tidak jelas tetapi ia merangkumi diet, senaman dan kesan psikologikal. Penyelidik menunjukkan bahawa orang yang memakan banyak buah dan sayur mengurangkan risiko lebih 40 peratus mengalami nyanyuk. Senaman turut menunjukkan kesan sama.
Kajian juga menunjukkan bahawa protein emyloid yang boleh membesar dalam otak, menyebabkan kerosakan sel saraf, dibersihkan dari darah dengan lebih berkesan apabila paras kolesterol rendah.
Kadar kolesterol tinggi boleh meninggikan pembinaan protein itu dan mempercepatkan permulaan Alzheimer's.
Ketua Eksekutif Persatuan Alzheimer, Neil Hunt, berkata: “Saya sendiri hairan mengapa ia masih tidak diberi keutamaan. Kos nyanyuk kepada individu, keluarga dan negara mencecah £17 bilion (RM119 bilion) setahun.” – Agensi
FAKTA NOMBOR
Kes nyanyuk di Britain
1 - Daripada 20 penduduk berusia lebih 65 tahun
5 - Daripada 20 penduduk berusia lebih 80 tanun
Khamis, Julai 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Obesiti dikhuatiri boleh cetus nyanyuk silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "