2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 6:03 AM

3Selasa,Julai

Cuaca Global

Berjuta-juta penduduk derita akibat banjir lebih seminggu

NEW DELHI: Hampir semua ceruk dunia kini tidak terkecuali daripada padah bencana alam akibat pemanasan global berikutan kejadian banjir yang menjejaskan kawasan dari China, Vietnam, Pakistan, India, Australia sehingga ke Amerika Syarikat sejak lebih seminggu lalu.

Di MUMBAI, banjir lumpur akibat monsun dan hujan lebat meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa di barat India sepanjang hujung minggu lalu selain air menenggelamkan bandar ini yang juga pusat kewangan dan hiburan, kata pegawai kerajaan semalam.

Semua kematian dilaporkan di daerah Amravati, kira-kira 700 kilometer ke timur laut bandar ini, ibu kota negeri Maharashtra, kata P Kamath, pegawai pengurusan bencana negeri.

Banjir menyebabkan beberapa perkampungan dan bandar di tepi pantai seperti Raigad dan Ratnagiri terputus Sabtu lalu, kata Kamath. Beribu penduduk bandar ini mengharungi air separas lutut di beberapa bahagian di tengah dan pinggir daerah selepas hujan lebat Sabtu lalu mengganggu landasan kereta api dan laluan udara selama beberapa jam.

Kami sudah muak dengan air hujan memasuki rumah kami setiap tahun,” kata Kaushal Sharma, seorang pengimpal yang sedang menunggu bas ke ibu kota ini semalam.

Bila kerajaan akan berbuat sesuatu untuk menghentikan bencana ini?” katanya.

Di QUETTA, Pakistan, negara jiran India, paras air di beberapa kawasan yang dilanda banjir sejak minggu lalu mulai surut dan memudahkan pasukan penyelamat ke kawasan yang terputus selama beberapa hari.

Pakistan dilanda permulaan awal musim hujan ribut dan banjir sementara keadaan buruk berkenaan turut menjejaskan Afghanistan dan India. Kira-kira 600 penduduk terbunuh di seluruh kawasan terbabit sejak 10 hari lalu.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah selatan Pakistan. Puting beliung minggu lalu membawa hujan dan banjir di kawasan rendah terutama di wilayah Baluchistan.

Puting beliung dan banjir paling buruk di wilayah itu sejak hampir 100 tahun lalu dan menjejaskan sehingga dua juta penduduk dan membunuh kira-kira 110 orang. Dianggarkan 250,000 orang hilang tempat tinggal.

Puting beliung dilaporkan tiga hari selepas angin kuat dan hujan yang menyebabkan kira-kira 230 orang penduduk di selatan Karachi, maut, kata timbalan pesuruhjaya bantuan wilayah, Ali Gul Kurd.

Paras air semakin menurun dan kami perlahan-lahan ke hampir ke kawasan yang paling teruk terjejas,” kata Kurd kepada Reuters.

Tentera juga membantu usaha menyelamat dengan menggunakan pesawat kargo C-130 dan lebih berpuluh helikopter menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta membantu.

Mereka yang hilang tempat tinggal memenuhi kawasan sekolah yang dijadikan kem penempatan sementara tetapi Kurd berkata, mereka tidak mempunyai khemah.

Banjir terbabit adalah terburuk di Pakistan sejak 1992 yang juga bencana alam keuda melanda negara itu dalam masa 20 bulan. Negara itu dilanda gempa bumi di kawasan pergunungan utara Oktober 2005 lalu yang membunuh 73,000 penduduk.

Di WASHINGTON, kejadian banjir itu meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa manakala hampir 5,000 penduduk di sebuah kawasan Kansas diarah berpindah selepas air dua sungainya melimpah.

Anggota Pengawal Kebangsaan Kansas terpaksa terbabit dalam usaha menyelamat di Osawatomie, ke timur negeri itu yang menjadi antara kawasan paling buruk terjejas.

Saya tidak tahu apa yang mahu dilakukan selepas ini,” kata pesara Claude Blackmon, 65, yang hanya mampu menyelamakan beberapa dokumen penting dari rumah mudah alihnya yang dihuni sejak dua tahun lalu selepas kematian isteri.

Ribut kencang itu sudah meragut 11 nyawa di utara dan tengah Texas sejak dua minggi lalu. Pihak berkuasa masih mencari seorang lelaki 20 tahun yang hilang selepas kenderaan pacuan empat rodanya dibawa arus, Khamis lalu.

Presiden George W Bush mengisytiharkan Texas sebagai kawasan bencana Jumaat lalu. Sejumlah 37 mukim di sekitar Texas turut terbabit dalam perisytiharan berkenaan.

Di BEIJING, sekurang-kurangnya sembilan orang maut di kawasan tengah dan tengara China berikutan ribut kencang yang melanda beberapa kawasan, bulan lalu.

Pihak berkuasa turut memberi amaran ancaman banjir berterusan dalam beebrapa minggu akan datang.

Wilayah Hubei menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila tujuh mangsa maut dibawa banjir kilat, lapor akhbar People’s Daily. China sememangnya dilanda musim banjir pada Mei sehingga September, setiap tahun.

Di VIETNAM, tiga beranak maut ketika tidur nyenyak kelmarin selepas dihempap batu bata akibat angin kencang dan hujan lebat, kata Nguyen Van Duc, pegawai bencana di wilayah Quang Ninh.

Sewaktu ditemui, mulut ibu dan dua anaknya itu dipenuhi air dan gagal diselamatkan,” katanya. – Agensi

193 maut dipanah petir

BEIJING: Seramai 193 penduduk China terbunuh dipanah petir dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, lapor agensi berita, semalam.

Angka itu satu peningkatan daripada 115 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Laporan orang dipatah petir terus diterima sejak beberapa hari lalu.

Di timur China, enam orang lagi maut dipanah petir menjadikan jumlah mereka yang mati akibat panahan petir sejak lima hari lalu meningkat kepada 43 orang, lapor Xinhua.

Sambil meramalkan lebih banyak ribut petir akan berlaku, agensi berita itu melaporkan keenam-enam mangsa yang terbunuh berasal dari kawasan pertanian di Jiangxi.

Setakat ini seramai 29 orang, kebanyakannya petani, terbunuh akibat dipanah petir sejak Sabtu lalu di kawasan itu sahaja, kata agensi berita itu.

Lima orang dari wilayah yang sama, maut apabila hujan lebat menyebabkan rumah runtuh dan kemalangan lain.

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dipanah petir di wilayah pesisir pantai Zhejiang.

Jabatan Kajicuaca Kebangsaan China meramalkan lebih banyak ribut petir akan berlaku di seluruh kawasan timur dan selatan, serta turut menggesa pihak berkuasa tempatan menyampaikan maklumat kepada penduduk di wilayah terbabit.

Banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain yang disebabkan ribut mengakibatkan keadaan kacau bilau di China bulan lalu dan menyebabkan lebih 150 orang terbunuh, selain kerugian benilai 10 bilion yuan (RM5.31 bilion).

Hujan lebat turut melanda barat daya dan wilayah tengah di sepanjang Sungai Yangtze sejak minggu lalu dan menyebabkan berpuluh orang terbunuh, selain menimbulkan kebimbangan banjir besar mungkin berlaku. – Reuters
try , Selasa, Julai 03, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog