Penemuan lima pulau baru itu adalah hasil kajian penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di kawasan berkenaan sejak 2005.
"Sehingga kini, lima buah pulau yang ditemui itu masih belum mempunyai nama dan kita berharap kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk menamakan pulau-pulau tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara UMT dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Pada majlis itu Dr Sulaiman mewakili UMT manakala WWF diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Dionysius S. K. Sharma.
Sebelum penemuan lima pulau baru itu, terdapat 26 buah pulau di kawasan berkenaan, tetapi dua daripadanya telah lenyap disebabkan masalah hakisan dan faktor iklim pada musim tengkujuh.
Dr Sulaiman berkata tanah bencah Setiu yang mempunyai keluasan 23,000 hektar merangkumi hutan paya bakau, tanah lembap, hamparan rumput laut serta pantai berpasir, merupakan aset penting untuk industri perikanan, pertanian serta pelancongan negeri selain menjadi sumber ekonomi serta air bersih kepada penduduk setempat.
"Kawasan tanah lembap itu juga berperanan sebagai zon penampan banjir, penapis bahan pencemar serta merupakan habitat bagi haiwan terancam serta yang hampir pupus.
"Di situ terdapat 29 spesis mamalia, 150 spesis tumbuhan, dua spesis tuntung, 75 spesis kerang dan siput, 37 spesis ikan, 120 spesis reptilia dan amfibia serta 128 spesis burung yang telah direkodkan," katanya.
UMT yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang biologi marin serta penjagaan alam sekitar berperanan menjalankan kajian, pemantauan secara berterusan, memberi khidmat nasihat dan penyelidikan pembangunan di kawasan itu.
Sementara itu Dr Sharma berkata sejak 1993 WWF Malaysia telah melakukan pelbagai kajian dan penyelidikan berkaitan penyu, tuntung laut, tuntung sungai serta mengkaji biodiversiti isu penggunaan tanah, sungai dan pesisir pantai di kawasan tanah bencah Setiu itu.
"WWF Malaysia sentiasa memberi sokongan padu bagi membantu memberi kesedaran dan pendidikan alam sekitar terhadap penduduk tempatan yang secara langsung dapat mengelakkan kawasan tersebut terancam oleh aktiviti manusia," katanya. - BERNAMA
Selasa, Julai 03, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 5 pulau baru ditemui di lagun Setiu silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "